Ya Allah rasa tak sanggup nak baca rintihan seorang ibu, meskipun bukan ibu kandung kita tapi kalau korang dapat rasakan apa yang ibu ini rasakan saat dapat tahu anaknya kini sudah pergi meninggalkan dia buat selamanya.
Ini antara perkongsian yang kami perlu kongsikan buat kita semua. Luahan ini telah dimuat naik di laman Facebook milik ibu kepada salah seorang daripada empat yang hilang tempoh hari. Alhamdulillah kerana keempat-empat mereka telah ditemui namun.
Ini merupakan status terakhir yang dimuat naik iaitu hari keempat-empat mangsa ditemui mati di dalam sebuah kereta di dalam anak sungai, di Kota Tinggi.
Tanggal 17 Februari ibu reda dengan pemergianmu wahai anakku.
Beginilah keadaan lokasi penemuan keempat-empat mangsa yang sangat menyayat hati. Kereta Honda Accord ini ditemui oleh beberapa pekerja ladang pada jam 9.20 pagi 17 Februari.
Setelah disembahyangkan di Masjid Nurul Hidayah di Jalan Tasek, Bandar Seri Alam jenazah Luqman, Nik Shakir Zufayri dan Muhammad Asyraf dikebumikan di Tanah Perkuburan Cahaya Baru Masai di Pasir Gudang, manakala jenazah Abu Izzani dikebumi di Tanah Perkuburan Islam di Sungai Tengkorak, Plentong.
Semoga arwah keempat mereka ditempatkan dalam kalangan orang beriman.
Sumber: Facebook Cekmek Molek M Yusoff