Filled Under:

ANAK BUAH DATO’ SITI JADI PERHATIAN KERANA MILIKI WAJAH CANTIK TERPAKSA TUKAR MOD INSTAGRAM KEPADA MOD PERIBADI ~ Baca Disini




PETALING JAYA: Anaka kepada penyanyi Saida, Siti Nurunnyssa Mohd. Ghazali, 35, dikatakan terpaksa menukar akaun Instagram kepada mod peribadi selepas menjadi perhatian kerana memiliki wajah cantik.



Saida atau nama sebenarnya Siti Norsaida Tarudin, 19, berkata, walaupun dia tidak kisah dengan perkara itu, tetapi anak sulungnya itu berasa tidak selesa lebih-lebih lagi gambar-gambarnya diambil untuk menjadi bahan bualan forum.



"Saya mendapat tahu nama Nurunnyssa menjadi bualan netizen di beberapa forum. Saya tidak kisah tetapi anak saya mengambil perkara itu sangat serius dan berasa privasinya diganggu.



"Apatah lagi banyak gambarnya diambil tanpa persetujuan dia pun. Saya faham, dia tidak selesa dengan situasi itu dan terpaksa menukar akaun Instagram kepada mod peribadi.



"Bagi saya, tindakannya itu bagus dan mempunyai pendirian sendiri. Saya percaya anak saya mampu berfikiran dengan bijak dengan setiap ujian yang hadir," katanya kepada mStar Online.



Saida berkata demikian bagi mengulas mengenai anaknya itu dikatakan telah menarik perhatian ramai netizen kerana memiliki raut wajah yang cantik.



Beliau dalam pada itu tetap memberi nasihat kepada anaknya agar lebih berhati-hati setiap kali memuat naik gambar di laman sosial kerana ia boleh dijadikan sasaran oleh mana-mana pihak yang tidak bertanggungjawab untuk memburukkannya.



Selain Nurunnysa, Saida yang merupakan ibu tunggal juga mempunyai tiga orang anak iaitu Anas, 17, Khalid, 13, dan Siti Nurul Mashitah, 10.



Sumber :siakapkeli.my