[3 FOTO] Bukti Cinta Di Sekolah Sampai Ke Atas pelamin. ~ Tengok La Sendiri Disini


Waa..kukuhnya jodoh mereka kan?

Apa pun diharap kekal hingga akhir hayat.




Rintihan Pilu Ibu Kepada Salah Seorang 4 Rakan Sebelum Tahu Anaknya Takkan Pulang ~ Baca Penuh Disini

Ya Allah rasa tak sanggup nak baca rintihan seorang ibu, meskipun bukan ibu kandung kita tapi kalau korang dapat rasakan apa yang ibu ini rasakan saat dapat tahu anaknya kini sudah pergi meninggalkan dia buat selamanya.

Ini antara perkongsian yang kami perlu kongsikan buat kita semua. Luahan ini telah dimuat naik di laman Facebook milik ibu kepada salah seorang daripada empat yang hilang tempoh hari. Alhamdulillah  kerana keempat-empat mereka telah ditemui namun.




Ini merupakan status terakhir yang dimuat naik iaitu hari keempat-empat mangsa ditemui mati di dalam sebuah kereta di dalam anak sungai, di Kota Tinggi.


Tanggal 17 Februari ibu reda dengan pemergianmu wahai anakku.

Beginilah keadaan lokasi penemuan keempat-empat mangsa yang sangat menyayat hati. Kereta Honda Accord ini ditemui oleh beberapa pekerja ladang pada jam 9.20 pagi 17 Februari.


Setelah  disembahyangkan di Masjid Nurul Hidayah di Jalan Tasek, Bandar Seri Alam jenazah Luqman, Nik Shakir Zufayri dan Muhammad Asyraf dikebumikan di Tanah Perkuburan Cahaya Baru Masai di Pasir Gudang, manakala jenazah Abu Izzani dikebumi di Tanah Perkuburan Islam di Sungai Tengkorak, Plentong.


Semoga arwah keempat mereka ditempatkan dalam kalangan orang beriman.

Sumber: Facebook Cekmek Molek M Yusoff


Wanita 'Selfie' Dengan Bahulu Berbentuk Alat Kelamin Lelaki Tampil Beri Penjelasan. ~ Baca Penuh Disini

Seorang ahli perniagaan wanita Faridah Ulis, 45, lebih dikenali sebagai Mamadot telah tampil semalam memberikan penjelasan mengenai gambar dia berselfie dengan bahulu berbentuk kemaluan lelaki yang viral di laman sosial kini.

Menurut Faridah,  penyebaran gambar berkenaan adalah tanpa kebenarannya kerana gambar tersebut hanya dikongsikan bersama rakan-rakan tetapi kini diaibkan oleh pengguna media sosial yang bukan rakan di Facebooknya..




"Gambar yang saya muat naik sebelum Tahun Baru Cina itu telah dibuang beberapa minggu yang lalu atas nasihat polis, bimbang semakin tersebar. Caption gambar pada masa itu berbunyi lebih kurang begini:

 I don't know what to say, pelik tetapi benar ada dijual di pasaran.

"Niat saya hanya untuk memberitahu yang kuih itu berada di pasaran. Saya menemui kuih itu di sebuah kedai runcit. Bagaimanapun, bila saya pergi ke kedai runcit itu hari ini, kuih itu tidak lagi dijual dan pemilik kedai memberitahu pembekal kuih berkenaan tidak lagi mengeluarkannya di atas sebab-sebab tertentu," jelasnya dipetik dari Portal Pixel Dedia.

Malangnya, gambar Faridah telah disebarkan tanpa mengaburkan wajahnya menyebabkan dia berasa tidak selamat dan beliau hari ini telah membuat laporan Polis.

"Niat sebenar saya membuat laporan polis dan SKMM adalah untuk mencari dalang yang berkongsi gambar selfie saya tanpa kebenaran," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Katanya beliau yang hanya berkongsi gambar itu dengan rakan Facebooknya dan bukan dengan mereka yang di luar daripada rangkaian sosial sahabatnya.

"Saya tidak mempunyai niat buruk apabila berkongsi selfie itu dengan rakan-rakan kerana ia untuk memberitahu mereka tentang bahulu itu. Ia unik, malah saya turut membelinya untuk rakan-rakan," katanya lagi kepada Bernama.

Selain itu, gambar yang memaparkan wajahnya itu yang menjadi viral turut memuatnaik maklumat salah mengatakan bahawa bahulu itu dijual di Langkawi dengan harga RM4 sepaket.

"Suami saya kecewa terhadap komen-komen negatif yang dilemparkan pengguna internet yang mengkritik tindakan saya mengambil gambar dengan bahulu tersebut," katanya. - Siakapkeli.my


1000 Jemaah Solat Jenazah Empat Rakan, Selamat Dikebumikan..Suasana Hiba di Tanah Perkuburan [2 FOTO] ~ Baca Penuh Disini

Pasir Gudang: Jenazah empat rakan yang ditemui maut di dalam kereta yang terjunam ke dalam sungai di Kilometer 42 Jalan Kota Tinggi-Mersing pagi tadi selamat dikebumikan di tanah perkuburan Islam di Cahaya Masai dan berhampiran Sungai Tengkorak, Plentong di sini, malam tadi. 

Sebelum itu, semua jenazah disembahyangkan di Masjid Nurul Hidayah di Jalan Tasek, Bandar Seri Alam yang terletak berhampiran dengan kediaman keluarga mereka.



Kira-kira 1,000 jemaah hadir ke solat jenazah berkenaan.

Mangsa, Luqman Jainie, Nik Shakir Zufayri Nik Arif dan Muhammad Asyraf Isa dikebumi di tanah perkuburan Islam di Cahaya Baru Masai di Pasir Gudang.

Manakala Abu Izzani Abu Bakar dikebumi di tanah perkuburan Islam di Sungai Tengkorak, Plentong, Masai.

Misteri kehilangan empat sahabat berkenaan sejak seminggu lalu terjawab apabila kereta dinaiki mereka ditemui dalam sungai berhampiran ladang kelapa sawit dekat Felda Tenggaroh pagi tadi.

Mangsa yang ditemui maut dikeluarkan dari kereta itu sebelum dihantar Hospital Mersing untuk dibedah siasat.

Mereka yang masing-masing berusia 21 tahun itu dilaporkan hilang pada 10 Februari lalu ketika dalam perjalanan dari rumah mereka di Bandar Seri Alam ke Terengganu untuk bercuti di situ.

Kira-kira dua jam selepas bertolak dari Bandar Seri Alam, mereka gagal dihubungi ahli keluarga. - HM


Sanggup Dia Buat Camni..Bakal Tunang Ini Hampa Ditipu, Cancel Tunang Saat Akhir ~ Baca Penuh Disini

Seorang lelaki yang berasal dari Negeri Sembilan ini sanggup merentasi beberapa buah negeri sejauh 497 kilometer bersama ahli keluarganya yang lain, hanya untuk meminang gadis idamannya yang tinggal di Kelantan.

Namun sesampainya di negeri Serambi Makkah itu, dia menerima ‘kejutan’ daripada wanita tersebut.

Dalam satu posting menerusi Facebook yang ditulis oleh adik lelaki itu, keluarganya berasa sangat gembira apabila mengetahui abangnya ingin mendirikan rumah tangga.


Setelah perbincangan bersama wanita itu berlaku, pihak lelaki bersetuju untuk menghantar rombongan ke Kelantan bagi bertemu sendiri dengan keluarga bakal menantu mereka.

Segala persiapan telah dilakukan malah cincin juga sudah dibeli. Setibanya hari yang dinantikan, keluarga lelaki memulakan perjalanan mereka ke Kelantan.

Sepanjang perjalanan itu, wanita itu  kerap menghantar mesej bertanyakan perkembangan perjalanan mereka.

Setibanya di Kelantan…



Kot ye pun tak nak, tolonglah bagitahu lah awal-awal, tak baik buat orang macam tu… Kifarah itu benar, kalau hari ni kita buat orang, esok lusa kita kena balik…


Sayu : Ibu dan ayah maut ..anak parah kereta dipandu rempuh bas di Bentong malam tadi (8Gambar) ~ Baca Penuh Disini


Bentong: Suami isteri maut apabila kenderaan dinaiki merempuh bas ekspres di Kilometer 4 Jalan Bentong-Raub berhampiran Kem Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) Batalion 25 di sini, 11 malam tadi.

Ketua Polis Daerah Bentong, Supritenden Mohammad Mansor Mohd Noor berkata, siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berlaku selepas kereta terbabas memasuki lorong bas yang dalam perjalan dari Kuala Lumpur ke Kelantan.





Katanya, kemalangan menyebabkan penumpang belakang kereta terbabit tercampak keluar dan maut di tempat kejadian.

"Manakala penumpang lelaki di depan disahkan mati di hospital dan pemandunya parah selepas tersepit.
"Pemandu bas bersama 11 penumpang pula tidak cedera," katanya.

Menurut Mansor, mereka yang maut adalah Mohammad Nur Said, 69, dan Siti Hawa Razak, 57, berasal dari Kampung Tok Uban, Pasir Mas, Kelantan. Manakala, mangsa parah adalah anak mereka, Mohd Azuan Mohammad Nur, 30.

"Semua mangsa kini dihantar ke Hospital Bentong untuk rawatan dan bedah siasat," katanya.-HM


Sayu..Suasana Hiba Menyelubungi Rumah Mayat Hospital Mersing...AL-Fatihah [2 GAMBAR] ~ Baca Penuh Disini

Mersing: Suasana hiba menyelubungi Rumah Mayat Hospital Mersing di sini, apabila ahli keluarga empat sahabat yang mayat mereka ditemui dalam kereta di sungai berhampiran ladang kelapa sawit di Felda Tenggaroh di Kilometer 42, Jalan Kota Tinggi-Mersing di sini, pagi tadi tidak dapat menahan kesedihan.




Penantian selama seminggu untuk bertemu kembali mangsa tidak disangka berakhir pilu.

Selain ibu bapa mangsa yang semuanya dari Bandar Seri Alam, Pasir Gudang, turut kelihatan kenalan dan jiran keluarga berkenaan.

Mereka kelihatan tabah menantikan proses bedah siasat Luqman Jainie, Abu Izzani Abu Bakar, Nik Shakir Zufayri Nik Arif dan Muhammad Asyraf Isa selesai.

Difahamkan, selepas selesai bedah siasat kira-kira 1 tengah hari tadi, jenazah empat sahabat itu akan dibawa ke Masjid Nurul Hidayah Bandar Seri Alam, Pasir Gudang untuk disembahyangkan dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Tengkorak dan Cahaya Masai.

Empat sahabat itu dilaporkan hilang ketika dalam perjalanan dari rumah mereka di Bandar Seri Alam, di sini, ke Kuantan untuk mengambil sepupu Nik Shakir seterusnya meneruskan perjalanan ke Terengganu untukbercuti di situ.

Mereka bertolak dari Bandar Seri Alam, di sini kira-kira jam 9.30 malam Rabu lalu dan gagal dihubungi keluarga selepas tempoh dua bertolak. -HM


[5 FOTO] Gadis Cun Melecun Ni Mirip Nur Fazura..Tengok La Sendiri ~ Baca Penuh Disini

Memang beruntung jika memiliki wajah seiras pelakon terkenal, lebih-lebih lagi jika wajah mirip seperti pelakon cantik Nur Fazura.


Wajah gadis berusia 18 tahun ini memang seiras dengan pelakon Fazura. Memang tak dapat dinafikan.

Betul pepatah ada menyatakan, dekat dunia ni ada pelanduk dua serupa dan dikatakan ada tujuh orang yang mempunyai rupa paras seakan-akan kita.





Gadis yang mesra dengan panggilan Nana, cukup mudah menjadi perhatian ramai kerana wajahnya mirip seperti Fazura.

Pengikutnya di laman Instagram pula kini mencecah 44 ribu dan ramai yang memberikan komen bahawa dia dan Fazura seperti adik-beradik kembar.

Lebih mengujakan apabila Fazura sendiri memberikan komen di Instagram Nana dengan mengatakan, “Wow she is wayyyy prettier than me!” (Wow dia lebih cantik daripada saya).



Apa yang pasti gadis ini tiada pertalian darah dengan Fazura dan gadis ini sangat beruntung kerana memiliki wajah mirip pelakon cantik itu.


Inilah Lokasi 4 Remaja Hilang Ditemui...[5 FOTO] ~ Baca Penuh Disini

MERSING: Misteri kehilangan empat orang remaja yang dalam perjalanan dari Johor Bahru ke Terengganu 10 Februari lalu akhirnya terjawab dengan terjumpanya sebuah kereta jenis Honda Accord bernombor pendaftaran JEB9978 di dalam sungai berhampiran Felda Tenggaroh pagi tadi.

Kereta Honda Accord itu ditemui beberapa pekerja ladang  pada 9.20 pagi sebelum menghubungi polis.

Kereta yang dinaiki mereka dipercayai terbabas ke dalam sungai berkenaan di mana berdasarkan twitter Harian Metro mengesahkan kesemua mereka meninggal dunia.








Mereka yang meninggal dunia adalah Luqman Jainie, Abu Izzani Abu Bakar, Nik Shakir Zufayri dan Muhammad Asyraf Isa.

Kempat-empat mayat mereka dibawa ke Hospital Mersing, untuk tindakan selanjutnya.

Empat sekawan ini dilaporkan hilang sejak 10 Februari lalu dimana mereka dalam perjalanan daripada Seri Alam, Pasir Gudang ke Terengganu untuk bercuti dan gagal dihubungi keluarga selepas tempoh dua jam bertolak. - Siakapkeli.my


Sayu : Bantu saya ..saya hanya cuba selamatkan isteri saya dari di C abul nya (6Gambar) ~ Baca Penuh Disini


Kisah seorang lelaki dikenali dengan nama Genji Buskers yang mana beliau telah menghadapi detik sukar isteri nya telah di c abul seorang Pekerja asing Nepal ketika beliau bersama isteri nya sedang mengadakan busking di Hadapan kompleks Sogo Kuala Lumpur.

Kisah nya mempertahan kan isteri tercinta telah di kongsi lebih 30 ribu orang, ramai yang simpati dengan nasib yang menimpa diri nya dan isteri, apa yang beliau perjuangkan adalah keselamatan dirinya setelah memukul Pekerja asing yang cuba C abul isteri nya.



Laporan polis telah dibuat beliau bagi menceritakan perkara sebenar apa yang berlaku beliau minta orang ramai bersama-sama nya membantu diri nya yang mungkin dikenakan tindakan undang-undang akibat dari perbuatan nya.

Isteri nya kini trauma dengan apa yang berlaku beliau juga menyatakan kesihatan isteri nya juga terganggu akibat dari apa yang berlaku, isteri nya merupakan penghidap asma dan terpaksa menggunakan gas untuk penyakit tersebut.

Semoga ada sinar dan jalan penyelesaian untuk Genji dan Isteri bantu lah Genji beliau tidak berniat memukul warga nepal terbabit melainkan mempertahan kan maruah isteri nya dari di C abul sewenang-wenang nya dari lelaki nepal terbabit.


Identiti pelajar yang solat dhuha waktu rehat pagi.. dikala semua rakan rehat dan bermain (2Gambar) ~ Baca Penuh Disini


KOTA BHARU : Gambar nya telah menjadi VIRAL rata-rata kagum dengan apa yang dilakukan pelajar tahun 1 ini.

“Amsyar sama seperti budak lain juga, cuma dia jenis yang mementingkan kesempurnaan,” kata bapa kepada murid Sekolah Kebangsaan Sultan Ismail 1, Muhammad Haziq Amsyar, 7.

Gambar Amsyar mula menjadi viral di laman sosial apabila guru di sekolahnya itu memuat naik gambarnya sedang menunaikan solat Dhuha setiap hari.
Menurut bapanya, Ahmad Mustamam Alang Ahmad, 39, dia sendiri terkejut apabila diberitahu gambar anaknya mula tersebar di laman sosial dan mendapat perhatian masyarakat.

“Semalam baru saya tahu tentang perkara ini apabila ada rakan yang berkongsi gambar berkenaan melalui aplikasi, WhatsApp. Memang saya terkejut apabila ia diviralkan.

“Tapi, bagi saya itu perkara biasa sahaja. Sebab Amsyar memberitahu, ada kala murid lain juga turut menyertainya,” katanya kepada Sinar Harian.


Sayu : Sarjan maut atas bumbung kem terbengkalai terkena renjatan elektrik (4Gambar) ~ Baca Penuh Disini




Seremban: Anggota tentera maut dipercayai terkena renjatan elektrik ketika memotong wayar di siling bangunan terbengkalai di Kem Tentera Darat Sikamat, di sini, tengah hari tadi.


Dalam kejadian 12.30 tengah hari itu, Sarjan Mohd Zainal Zakaria, 29, ditugaskan memantau aktiviti gotong royong di kem berkenaan sebelum ditemui tidak sedarkan diri di atas siling bangunan berkenaan oleh anggota lain.


LAPORAN AWAL KEMATIAN PTT KANAN TERKENA REJETAN LETRIK.
1. Nama: 1161316 Sjn Mohd Zainal Zakaria
2. Pasukan: 24 RAMD

3. Jawatan: Ketua Sek Pl Rinser
4. Berkahwin dgn 2 anak
5. Ins Kelompok: 10 unit
6. Tempat Kejadian: MQ Peg Sikamat (Abandoned House Since 2009) bersebelahan Bangunan PPDK 
Nur Iman Sikamat
7. Masa Jumpai: Approx 1300

RINGKASAN KEJADIAN:

8. PTTK PEG BERTUGAS PASUKAN. 

9. BELIAU DATANG KE PPDK NUR IMAN SIKAMAT UNTUK MEMANTAU ANGGOTA GOTONG ROYONG DI PPDK.

10. TANPA DISEDARI OLEH SESIAPA BELIAU TELAH MASUK KE QTR KOSONG TERSEBUT.

11. BELIAU DIJUMPAI TERSANGKUT DISILING OLEH ANGGOTA PETUGAS PPDK 24 RAMD IAITU KPL HASSAN KETIKA KPL TSB MEMBUAT PEMERIKSAAN KAWASAN SEKITAR KAW PPDK.

12. PIHAK BOMBA DAN POLIS DIHUBUNGI DAN TELAH DTG MEMBUAT PEMERIKSAAN.

13. KETIKA DIPERIKSA OLEH BOMBA DIDAPATI ANGGOTA MASIH MEMEGANG ALAT PEMOTONG WAYAR.

14. TIDAK DIKETAHUI TUJUAN MANGSA TETAPI DISYAKI CUBA MEMOTONG KABEL YG BELIAU TIDAK KETAHUI MASIH MEMPUNYAI ARUS LETRIK.

15. MANGSA DIBAWA KE FORENSIK HOSP TUANKU JAAFAR UTK BEDAH SIASAT
LAPURAN PENUH AKAN MENYUSUL.
TERIMA KASIH GOC..

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Seremban, Mohamad Idris berkata pihaknya menerima panggilan pada 12.36 tengah hari sebelum sebuah jentera dan empat anggota ke lokasi kejadian.

Menurutnya, pemeriksaan di lokasi mendapati mangsa sudah meninggal dunia dipercayai akibat terkena renjatan elektrik menyebabkan bomba terpaksa meminta bantuan Tenaga Nasional Berhad (TNB) memotong elektrik sebelum menyelamatkan mangsa.

"Mangsa berjaya diturunkan dalam tempoh 10 minit sebelum diserahkan kepada polis untuk siasatan lanjut. Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) untuk bedah siasat," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.-HM


[3 FOTO] Wajah Kekasih Hafiz Hamidun..Cantik. ~ Baca Penuh Disini

Sudah lama bersedia untuk mendirikan rumaah tangga, penyanyi Hafiz Hamidun, 32, merancang menikahi kekasihnya yang juga merupakan seorang model, Adiela Ridzuan, dalam tahun ini.

Bagaimanapun, dia merancang untuk menemukan dahulu keluarganya dan keluarga kekasihnya itu dalam masa terdekat agar kedua-dua pihak keluarga mendapat keserasian.






"Setakat ini saya dan Adiela ada juga bercakap tentang perkahwinan dan saya meluahkan hasrat untuk berkahwin pada tahun ini. Jadi saya akan tunggu jawapan dan respons di sebelah pihak sana dan biarkan mereka menetapkan tarikh.

"Apa-apapun, buat masa ini saya mahu ibu bapa kami berkenalan dulu. Bukannya merisik. Sekadar untuk berborak biasa untuk mendapatkan keserasian," katanya seperti yang dilaporkan mStar Online.

Dalam pada itu, Hafiz berkata, memandangkan perhubungannya dengan Adiela baru saja dijalinkan beberapa bulan lalu, banyak perkara mengenai kehidupan selebriti yang perlu dijelaskan kepada wanita itu.

"Saya ada cakap dengan dia, bercinta dengan artis ni lain sikit. Tambahan pula saya mempunyai hubungan baik dengan media, saya suka berkongsi segala hal tidak kira kerja atau peribadi. Dan biasanya apabila hal peribadi ni orang yang bukan selebriti tidak gemar untuk berkongsi cerita.

"Alhamdulillah, mujurlah dia faham dan mula menerima apabila kisah kami didedahkan," ujarnya.