Filled Under:

MENGGEMPARKAN!!! (Video) Juruterbang ini Diberi Ganjaran RM1.8 Juta Selepas Berjaya Elak Pesawat Berlanggar, Selamatkan 439 Nyawa

MENGGEMPARKAN!!! (Video) Juruterbang ini Diberi Ganjaran RM1.8 Juta Selepas Berjaya Elak Pesawat Berlanggar, Selamatkan 439 Nyawa




SHANGHAI - CHINA - Seorang juruterbang diberikan ganjaran sebanak 3 juta Yuan (RM1.8 juta) selepas dia berjaya mengawal pesawatnya di saat pesawat itu sedang meluru ke arah sebuah pesawat lain dengan kelajuan yang dianggarkan 240km/j.

Ganjaran itu diberikan oleh syarikat penerbangan China yang menghargai tindakan He Chao, memperlajukan pesawatnya supaya boleh terbang lebih awal untuk mengelak pesawat yang sedang melintang itu seterusnya menyelamatkan 439 penumpang.

Pesawat Airbus 320 yang dipandu oleh He Chao bersedia untuk berlepas dari lapangan terbang Shanghai bulan lalu apabila sebuah pesawat Airbus A330 yang baru sahaja mendarat turut berada di landasan - menghalang laluan pesawat He Chao.

He Chao membuat keputusan untuk memperlajukan pesawatnya yang sedang bergerak sekaligus terbang lebih awal bagi mengelakkan pertembungan dengan pesawat itu.

Insiden dilaporkan berlaku di Lapangan Terbang Antarabangsa Shanghai Hongqiao pada jam 12.04 petang, 11 Oktober lalu.




Simulasi menunjukkan pesawat He Chao memperlajukan pesawat itu apabila menyedari ada pesawat lain di laluannya.

Video simulasi menunjukkan A320 dipandu laju di landasan selepas juruterbang menyedari pesawat A330 memasuki landasan dengan hanya jarak beberapa kaki.

China Eastern Airlines memberi ganjaran bonus tunai kepada He di atas tindakan pantas yang diambilnya dalam satu majlis yang diadakan baru-baru ini.

  
Terdapat 413 penumpang dan 26 anak kapal berada di  dalam kedua pesawat tersebut yang dalam perjalanan dari Beijing ke Shanghai, dan dari Shanghai ke Tiajin.

Siasatan dilancarkan oleh pihak berkuasa penerbangan China, CAAC, mendapati kawalan trafik udara dipersalahkan dalam insiden ini.

Pihak berkuasa telah membatalkan lesen dua pengawal trafik udara bertanggungjawab terhadap kejadian itu dan menghukum 13 pegawai kawalan trafik udara dari Biro Pengawalan Eastern China Air.