Filled Under:
,

5 Perkara Ini Harus Dielakkan Ketika Memandu Dalam Hujan. BEHATI-HATI DI JALAN RAYA.

5 Perkara Ini Harus Dielakkan Ketika Memandu Dalam Hujan. BEHATI-HATI DI JALAN RAYA.




Sekarang dah nak dekat musim tengkujuh, boleh dikatakan setiap hari cuaca nampak mendung dan nak hujan. Kami ada tips untuk korang ikut agar memandu kenderaan berhati-hati ketika musim hujan. Berikut merupakan 5 perkara penting yang harus dielak ketika memandu di musim hujan.


1)Elak Pandu Kereta Di bahu Jalan


Pengguna kenderaan harus mengelak pandu kereta di bahu jalan ketika haujan. Tambahan bahu jalan sudah di tenggelami air, pengguna kenderaan tidak harus memandu di bahu jalan. Pastikan kereta dipandu mengikut barisan dan tidak membahayakan kenderaan orang lain.


2) Jangan bawak laju


Tayar kereta akan tergelincir akibat jalan raya yang licin. Nak tahu kenapa? Akan terhasil satu lapisan air dan minyak di atas jalan. Jika anda pandu kereta dengan laju , peratusan untuk kereta hilang kawalan sangat tinggi dan boleh menyebabkan kemalangan jalan raya. Disebabkan itu, sila pandu kereta dengan berhati-hati ketika hujan.


3) Jangan redah lopak air


Jangan memandu dan redah lopak air kerana boleh menyebabkan Hydroplaning.

Kalau boleh elak langgar lopak air sebab kita tak tahu apa yang ada dalam lopak air tu.


4) Jangan membontot kereta lain


Jangan pandu terlalu dekat dengan bontot kereta lain. Ini kerana tayar kereta anda mungkin tidak akan berfungsi dengan baik ketika hujan. Brek kereta juga berkemungkinan tidak berfungsi dengan baik.


5) Jangan buka lampu kecemasan ketika pandu kereta


Jangan sesekali guna lampu kecemasan disebabkan penglihatan anda kabur untuk membolehkan kereta lain dapat melihat anda.


Kalau mata kabur, dinasihatkan berhenti di bahu jalan dan tunggu sampai hujan reda. Lampu kecemasan yang digunakan ketika kereta sedang bergerak akan menyebabkan orang ramai keliru samada kereta itu rosak ataupun tidak.