Filled Under:

KELUARGA Perempuan Memutuskan Pertunangan Atas Alasan , Bakal PENGANTIN Lelaki Hanya Pakai Kereta BURUK ..!



Assalamualaikum…saya nak cerita sikit pasal abang saya ni, tapi cerita ni dah lama berlalu sebelum abang saya kahwin. Abang saya ni ada orang dah berkenan kat dia. Orang yang berkenan kat dia ni sekampung dengan kami, kira rumah si perempuan ni dekat sangat dengan rumah kami.
Al-kisahnya, bila si perempuan ni dah berkenan kat abang saya, jadi keluarga dia masuk merisik abang saya kerana anaknya dah berkenan kat abang saya. Satu masa tu, abang nak ke masjid solat jumaat, lalu depan rumah si perempuan ni, apa lagi si perempuan ni jenguk abang melalui tingkap…dari masa tu lah si perempuan dah berkenan kat abang saya.
Tiba hari keluarga si perempuan ni datang rumah kami bertanyakan tentang abang. Abang yang tidak pernah lihat dan kenal si perempuan ni terus terima lamaran dari keluarga pihak perempuan. Ini disebabkan abang yakin dan percaya dengan restu mak ayah kami dan tidak ingin membantah. Abang saya ni anak sulung, begitu juga si perempuan ni anak sulung juga. Dari segi latar belakang keluarga si perempuan ni dilihat dari keluarga yang alim. Ayahnya seorang imam di surau kampung kami. Dari situlah mak dan ayah terima lamaran tersebut.
Satu kejadian yang tidak dijangka berlaku apabila satu hari, keluarga si perempuan ni datang rumah kami dan memutuskan untuk tidak meneruskan ke peringkat seterusnya. Alasan yang diberikan tiada jodoh. Ye memang yang tiada jodoh tu kami terima sebab jodoh semua Allah dah tentukan tapi kenapa masa nak dulu, datang rumah kami bersungguh-sungguh, datang melamar abang sebab dah berkenan sangat dah kat abang…sampai separuh jalan memutuskan untuk tidak meneruskan ke peringkat seterusnya. Keluarga belah perempuan yang melamar dan keluarga belah perempuan juga yang memutuskan…
Keluarga si perempuan juga ada menyatakan yang abang ni pakai kereta buruk dan tiada jaminan kerana time tu abang kerja swasta. Perkara ni diketahui melalui orang tengah yang juga saudara belah perempuan yang akhirnya sampai ke telinga mak ayah.
Ok, kami terima mungkin dia bukan jodoh abangku…kini abang dah kahwin dan mempunyai 3 orang anak dan sekarang dah dapat kerja tetap. Di sebalik apa yang berlaku ada hikmahnya. Jadi, kita tidak boleh menilai diri seseorang tu dari segi luarannya sahaja, dalaman tu lagi penting. Rambut manusia semua sama hitam, tapi hati lain-lain.