Orang tua memang banyak harta , ada tanah ada rumah , ada bendang sawah dan pelbagai lagi . Tapi sayang kalau dah tiada nanti , anak-anak lupa kewajipan paling utama terhadap mereka adalah melangsaikan segala hutang yang tidak sempat diselesaikan semasa hayatnya .
Kata Ustaz Dusuki Abdul Rani kalau mak ayah kita dah meninggal, tukar nama bil-bil yang atas nama dia dulu. Bil air, bil api, bil telefon semua tu. Supaya tiap-tiap bulan dia tak menanggung hutang tersebut di dalam kubur.
Jangan lupa settle kan hutang dia dengan Allah, kemudian settlekan hutang dia dengan manusia. Selepas itu barulah boleh agihkan hartanya. Roh kita tidak dapat sampai ke langit selagi mana kita berhutang walaupun kita mati syahid sekalipun.
Apabila upah haji, upahlah mengikut kadar yang sepatutnya dia bayar semasa dia hidup dan niatkan agar pahalanya sampai sama seperti dia pergi ke sana. -sensasi.org-