Berderau Darah ! Taman Tema Ini Mampu buat Anda LOYA Selamanya
Posted By:
soyacincau
on 07:38:00
Taman tema merupakan antara tempat permainan yang cukup diminati oleh semua golongan terutamanya kanak-kanak. Hampir di setiap negara mempunyai Taman tema yang boleh menghiburkan orang ramai. Seperti di Malaysia, Taman tema di Genting Highlands menjadi kegemaran untuk rakyat Malaysia berhibur bersama keluarga. Tapi…
Tahukah anda… Di Hotel Stratosphere, Las Vegas terdapat sebuah taman tema yang dikenali sebagai The X-Scream yang di bina diatas bangunan hotel tersebut. Permainan ini terletak pada ketinggian 300 meter antara taman permainan dan tanah. Namun begitu, permainan ini terpaksa diberhentikan kerana kos penyelenggaraan yang terlalu tinggi.
Psst: Baru pegi main Roller Coaster kat Genting Highland pun dah jerit macam orang gila, ini kan pula nak main dekat sini.
Pentingkan Diri ! Seorang Ibu Terlalu Sibuk Melayani Internet Sepanjang Hari Terlupa Anaknya Diletakan Di Sinki , Apa Terjadi Selepas Itu Harus Disalahkan Ibunya .
Posted By:
soyacincau
on 07:05:00
Stephanie 35 tahun , setelah melahirkan seorang bayi kehidupannya tidak membahagiakan .
Kerana anaknya itu mengalami alergik kulit yang sangat teruk . Setiap kali apabila dia terdedah kepada minyak wangi atau bau sengit lain, ruam menjadi lebih teruk. Ia mendapat begitu buruk bahawa pecah kulit Yesaya dan mula berdarah dan pelepasan.
Selepas 5 bulan, Yesaya disambar oleh wabak melampau dan kulitnya mula pecah terbuka. Dia dibawa ke hospital dan dirawat sepenuhnya dengan steroid. Kulitnya kembali normal lagi tetapi selepas 2 hari wabak kembali . Budak kecil menjerit tidak henti-henti.
Setelah setahun menggunakan steroid , barulah dia pulih sepenuhnya . Ceria dan gembira .
Wajib Baca ! Perkara Inilah Yang Tidak Dilaksanakan Oleh Anak-Anak Selepas IbuBapa Meninggal .
Posted By:
soyacincau
on 01:16:00
Orang tua memang banyak harta , ada tanah ada rumah , ada bendang sawah dan pelbagai lagi . Tapi sayang kalau dah tiada nanti , anak-anak lupa kewajipan paling utama terhadap mereka adalah melangsaikan segala hutang yang tidak sempat diselesaikan semasa hayatnya .
Kata Ustaz Dusuki Abdul Rani kalau mak ayah kita dah meninggal, tukar nama bil-bil yang atas nama dia dulu. Bil air, bil api, bil telefon semua tu. Supaya tiap-tiap bulan dia tak menanggung hutang tersebut di dalam kubur.
Jangan lupa settle kan hutang dia dengan Allah, kemudian settlekan hutang dia dengan manusia. Selepas itu barulah boleh agihkan hartanya. Roh kita tidak dapat sampai ke langit selagi mana kita berhutang walaupun kita mati syahid sekalipun.
Apabila upah haji, upahlah mengikut kadar yang sepatutnya dia bayar semasa dia hidup dan niatkan agar pahalanya sampai sama seperti dia pergi ke sana. -sensasi.org-
Ibu Bapa Dan Guru Perlu ALERT ! AWAS ! Budaya "Stick Vape" atau "Shisha Stick" Dijual Merata Ke Pelajar Sekolah.
Posted By:
soyacincau
on 22:19:00
Belum lagi reda isu rokok elektronik berperisa ganja, warga kota dikejutkan pula trend terbaharu ‘shisha stick’, dipercayai mengandungi bahan menyebabkan ketagihan dan menjadi kegilaan golongan remaja.
Berbentuk dan bersaiz sama seperti pen serta mempunyai pelbagai warna, ‘shisha stick’ mudah disembunyi sebagai alat tulis, menurut satu status pengguna laman sosial ‘Facebook’ yang turut memuat naik gambar bahan berkenaan.
Pengguna Facebook berkenaan menarik perhatian harga ‘mampu milik’ di sekitar RM17 ke RM20 dengan pelbagai perisa memudahkan lagi ia dibeli pelajar sekolah.
Status itu turut dikongsi pengguna sosial media lain dan menjadi viral sejak minggu lepas.
Hasil maklumat itu, Bernama membuat tinjauan di sekitar ibu kota dan mendapati ia dijual secara sembunyi hanya kepada golongan tertentu selain boleh juga didapati, antara lain, di kedai serbaneka.
Penulis berusia awal 40-an ini menyamar sebagai pembeli di Pasar Larut Malam Danau Kota, Setapak, di sini namun gagal apabila seorang penjual rokok elektronik memberi pelbagai alasan untuk tidak menjualnya kepada penulis.
Penjual itu yang hanya mahu dikenali sebagai Nizam pada mulanya tidak mengaku menjual barangan itu namun setelah dipujuk, dia mengaku pernah menjualnya.
“Dulu memang ada jual tapi sekarang tak ada stok lagi abang,” katanya. Bagaimanapun, rakan sekerja berumur awal 20-an yang menyamar sebagai pelajar sekolah berjaya membeli ‘shisha stick’ di sebuah kedai serbaneka yang turut menjual barangan runcit dari Timur Tengah di Jalan Bukit Bintang, setelah terpaksa mengambil masa lama berunding.
Shisha stick itu tidak disimpan secara terbuka, dan peniaga yang hanya mahu dikenali sebagai Malek hanya mengeluarkan barangan berkenaan dari sebuah bungkusan apabila pelanggan terdahulu beredar.
“Do you want this one (shisha stick)…,” kata Malek sambil menambah bahawa dia hanya mempunyai baki lapan shisha stick dalam stoknya.
Kelihatan resah sepanjang urusan jual beli itu, Malek bagaimanapun enggan mendedahkan asal barangan berkenaan.
Shisha stick itu dibeli oleh wartawan Bernama dengan harga RM17. Sementara itu Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman Datuk Seri Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata shisha stick atau dikenali sebagai ‘Shisha Pen’ ataupun dengan nama ‘Hookah Pen’ adalah kategori rokok elektronik dan mempunyai fungsi yang sama seperti ‘Vapor’.
Katanya shisha stick tidak popular berbanding vapor disebabkan kandungan cecair perisa yang sedikit dan tidak memberi kepuasan kepada pengguna berbanding vapor.
“Sehingga kini tiada undang-undang berkaitan larangan mengguna shisha stick,” katanya dalam satu kenyataan.
Beliau berkata namun demikian Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Kementerian Pendidikan peringkat negeri dan daerah serta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan akan berkerjasama bagi memantau penyalahgunaan bahan yang disyaki mengandungi dadah.
Mohd Mokhtar berkata pemantauan dan risikan polis mendapati setakat ini penggunaan shisha stick bukan merupakan kaedah baharu bagi penyeludupan dan pengedaran dadah jenis ganja di negara ini. – Bernama
Selepas Rokok Elektronik, Batang Shisha Jadi Kegilaan
KUALA LUMPUR: Selepas isu rokok elektronik yang heboh diperkatakan ramai sejak minggu lalu, pengguna laman sosial Facebook dikejutkan pula dengan ‘trend’ terbaharu, 'shisha stick' atau batang shisha yang didakwa berleluasa dalam kalangan pelajar sekolah.
Menerusi status yang dikongsi akaun Facebook, Malaysian Respond Team hari ini memberi peringatan kepada ibu bapa untuk mengambil berat aktiviti anak-anak dibimbangi golongan cilik ini terjebak menghisap batang shisha.
Menurut seorang pengguna media sosial, batang shisha itu mudah diperolehi memandangkan harga yang ditawarkan tidak terlalu mahal sekitar RM17.
Katanya, apa yang paling membimbangkan adalah batang shisha itu dipercayai turut mengandungi perisa ganja yang boleh memberi ketagihan kepada golongan remaja.
Dalam menarik perhatian kanak-kanak dan remaja, bentuk batang shisha ini seperti pen yang mudah disimpan di dalam kotak pensil untuk mengaburi mata ibu bapa sekiranya anak mereka terlibat dengan aktiviti tersebut.
Berdasarkan perkongsian gambar tersebut juga, batang shisha ini ditawarkan dalam pelbagai bentuk dan saiz selain mempunyai pelbagai warna.
Sehingga kini, status tersebut dikongsi lebih 500 pengguna media sosial sebagai memberi peringatan kepada semua ibu bapa berhubung isu tersebut.
Sumber : beritahavoc.blogspot.com
Manis Macam Gula ! Kisah ‘Cinta Monyet’ Sejak Umur 12 Tahun Ini Diakhiri Di Jenjang Pelamin,
Posted By:
soyacincau
on 09:03:00
Jika diimbas kembali ketika di zaman persekolahan dahulu, pastinya tersimpan seribu satu kenangan manis mahupun pahit. Dalam banyak-banyak cerita tersebut, mesti ada cerita ‘cinta monyet’ kan?
Tipu lah kalau tak ada langsung. Tak apa lah biarkan memori tersebut disimpan rapi dalam ingatan korang je, kami pun tak kuasa nak tahu hihi.
Ikuti kisah pasangan ini yang berkenalan sejak berumur 12 tahun, satu kelas, terpisah beberapa tahun kerana jarak dan kini bahagia sebagai suami isteri.
Mengimbau kisah aku dan dia ��
.
.
Kami berkenalan pada usia 12 tahun. Kami sekelas, kelas 6 Mutiara, dia duduk belakang aku. Kami selalu bersaing dalam pelajaran. Bangga bila dapat markah lebih daripada dia. Hehe. Kami juga kawan sepermainan. Petang main bersama2. Umur 14 tahun, kami berpisah sebab dia berpindah ke Muar dan kami terputus hubungan. Pada usia 18 tahun kami bertemu kembali. Itu pun sebab ada orang dalam. Haha. .
.
Kami berhubung, sms dan call, sampai satu hari dia hilang sebab aku yang cakap aku tak suka buang masa sms dan call. Aku nak belajar pun tak senang. Masa tue zaman matrikulasi. Ingat nak belajar je konon �� Dia m'hilangkan diri, merajuklah tue, sampai aku yang cari dia balik sebab rasa boring bila takde orang nak kacau aku hari2. Hehe. .
.
Berkawan setahun dan officially as couple masa umur 19 tahun, 1 Disember 2005. Masa tue tahun pertama aku di universiti. Percintaan jarak jauh memang banyak dugaan dan alhamdullilah selepas 8 tahun menyulam cinta, kami diijabkabulkan oleh hero saya, my daddy cool �� .
.
Lama betul bercinta kan? Semua salah aku jugak sebab aku tolak lamaran dia selepas habis study dulu. Alasan nak kerja cari duit sendiri. Alasan tue menyebabkan bertambah usia percintaan kami menjadi 8 tahun. Terima kasih suami kerana menungguku ��
.
.
Alhamdullilah kini sudah menjadi suami isteri. Sesungguhnya perasaan yang tak dapat diungkap apabila hubungan kami sudah halal di sisi Allah. Tak terkata gembira dan bersyukur. Terima kasih untuk segalanya Mr Aliff
9 Ogos 2015 -- Selamat Ulangtahun Pertama Perkahwinan ��
.
.
Alhamdullilah. Begitu cepat masa berlalu. Rasa macam baru semalam kahwin. Haha. Dah setahun rupanya. Terima kasih suami kerana sudi memperisterikan saya yang dahlah keras kepala, hati batu, hati keras, degil tapi sebenarnya baik hati dan manja orangnya. Hahaha. Saya pun tak sangka satu perangai awak yang baru tahu selepas kahwin. Dulu masa bercinta tak pernah pulak ada. Kentut bersepah! Hahaha. .
.
Terima kasih untuk segalanya. Semoga hubungan kita kekal dan bahagia till Jannah. Semoga dimurahkan rezeki. Semoga kita sentiasa berada dalam lindunganNya. Dan akhir sekali semoga awak terus bersikap annoying kerana dengan sikap annoying itulah yang menceriakan hidup saya hari2
Fuh ! Antara Nora Danish Dengan Kakaknya , Kakaknya Lagi Hot , Cantik Dan Bermata Biru .
Posted By:
soyacincau
on 05:49:00
Kalau sebelum ini ada yang mengatakan kembar iras nora danish . Kali ni saja je nak ngusik mama hot ni kan korang ! Kakak lebih cantik dari nora sebab ada mata blue katanya .
#Siapa lagi kalau bukan Nora Danish yang menjadi antara topik perbualan ramai darsawarsa ini. Tapi anda semua tahu tak yang artis pujaan ramai ini mempunyai seorang kakak yang cukup-cukup menawan! Agak-agak siapa lagi menawan? Nora ke kakaknya?.......
#Haa ... Jom sama-sama kita tengok gambar 'selfie' mereka di bawah ni.....
##Memang cun 'gila' kan dua beradik ni. Tak boleh nak terkata dengan kata-kata siapa lagi cantik sebenarnya. Tu bagi admin la kan, bagi korang?......
Subscribe to:
Posts (Atom)