Pelajar Meninggal Dalam Kemalangan, Siri Tweet Sebelum Ajal Jadi Viral ~ Baca Penuh Disini



MUADZAM SHAH, 1 Feb - Seorang pelajar dari Universiti Tenaga Nasional (Uniten) Kampus Muadzam Shah dan bapa meninggal dunia dalam satu kemalangan apabila kereta yang dinaiki mereka bertembung dengan kenderaan lain di Kilometer 105.9 Jalan Kuantan - Segamat berhampiran dengan Ladang Dara Teh sekitar jam 11.15 pagi semalam.

Mangsa, Muhammad Haziq Januddin, 23 dan bapa, Janudin Sukardi, 55, maut ketika dalam perjalanan menuju ke Uniten Kampus Muadzam Shah untuk Haziq pulang ke universiti tersebut.

Ketua Polis Daerah Rompin, Muhammad Aidil Roneh Abdullah berkata kedua-dua mangsa maut di tempat kejadian akibat cedera parah.

“Hasil siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila Proton Wira yang dinaiki mangsa dari arah Segamat, Johor menghala ke arah Kuantan dipercayai dalam keadaan cuba memotong kenderaan di hadapan namun gagal lalu bertembung dengan sebuah kenderaan lain dari arah bertentangan.

“Akibat kemalangan ini, pemandu dan penumpang Proton Wira berkenaan meninggal dunia di tempat kejadian dan mangsa dihantar ke Hospital Muadzam Shah untuk proses bedah siasat. Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya sebagaimana lapor Sinar Online.

Sementara itu, di laman Twitter, perkongsian tweet-tweet Haziq beberapa hari sebelum terlibat dalam kemalangan itu mendapat perhatian netizens di laman media sosial tersebut.\




Para netizens di Twitter terutamanya rakan mangsa turut menyampaikan perasaan hiba dan pilu mereka dengan apa yang terjadi.





Takziah dari kami buat keluarga dan yang mengenali mangsa.

Sumber : Siakap Keli


SubhanAllah!!! Allah Memperlihatkan Kebesarannya Petang Tadi ~ Baca Disini



Petang ini penulis telah menerima satu gambar menerusi aplikasi WhatsApp di mana gambar tersebut memapar satu kejadian yang aneh berlaku di Kuala Lumpur. Jika anda melihat dengan teliti gambar tersebut (di atas) dan zoon pada bahagian matahari, kelihatan di awan kalimah Allah (ﺍﻟﻠَّﻪَ) dan Muhammad (محمدserta beberapa tulisan jawi yang lain.

Difahamkan kejadian ini berlaku pada waktu pagi di mana saat matahri terbit. Gambar tersebut telah dirakam oleh seorang pengguna jalan raya yang berada di dalam kenderaannya. Gambar in terus tersebar secara meluas pada hari ini di media sosial.

Walaubagaiman pun, penulis sendiri tidak dapat memastikan akan kebenaran perkara ini. Ini kerana, pada hari ini sudah banya perisian untuk menyunting gambar seperti Photoshop dan sebagainya. Sehinggakan agak sukar untuk membeza foto yang sebenar dan foto yang telah disunting.

Dalam nada yang lain, jika benar-benarlah kejadian ini berlaku, penulis hanya mampu lafazkan 'Subhanallah'. Mungkin ini merupakan salah satu bukti tentang kebesaran Allah SWT.

Sumber : Sukan Star.Com



News Information!!Harga Terkini Petrol & Diesel Mulai 1 Februari 2016 ~ Baca Disini





Februari 2016 bakal menjelma dan seperti biasa, setiap permulaan bulan baru, pengguna jalan raya akan berdebar-debar menunggu harga baru petrol dan diesel.

Sebagaimana lapor Bernama menerusi Twitternya, berikut adalah harga terkini petrol dan diesel bermula tengah malam ini :

Harga Terkini (1 Februari 2016):

RON 95 : RM1.75 seliter (turun 10 sen)
RON 97 : RM2.05 seliter (turun 20 sen)
Diesel : RM 1.35 seliter (turun 25 sen)

Harga Sebelum : (1 Januari 2016 ) :
RON 95 : RM1.85 seliter
RON 97 : RM2.25 seliter
Diesel : RM 1.60 seliter

Harga terbaru itu dinyatakan oleh Presiden Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Petronas, sebagaimana lapor Bernama.

Sumber : Siakap Keli


Sayu : Ayahanda Din DJ telah dijemput ilahi .. insan yang di kagumi ini terlibat kemalangan (6Gambar) ~ Baca Disini

YM Ayahanda Din DJ adalah insan yang amat dikagumi dan dikenali ramai dalam Pekida di Nilai namun hari ini, insan-insan yang mengenali diri nya terkejut kerana Ayahanda  telah terlibat kemalangan di Muazam Shah Pahang.

Kereta yang dinaiki Ayahanda telah terlibat dalam kemalangan yang mana impak dari kemalangan itu Ayahanda telah pergi di jemput Ilahi .. Allah lebih menyayangi nya.
Ayahanda Din DJ ( Kopiah Putih ) - sumber




Info dari Datuk Paduka Ayah Razak - Dengan ini berita baru saya terima , YM Ayahanda Din DJ Nilai , terlibat dgn kemalangan jln raya higway muazam shah sebentar tadi , dan dikhabar kan sudah kembali kpd penciptan . kpd semua rakan taulan sahabat handai yg mengenali allah yarham sama² lah kita mendoakan mudah²an allahyarham ditempatkan dgn org² yg beriman lagi bertaqwa - Alfatehah 


Dalam kemalangan tersebut kereta Proton Wira telah bertembung dengan Nissan Grand Livina, punca sebenar kejadian masih disiasat pihak berwajib .


Credit POH PERAK CREW


Mufti Puji Lagu Faizal Tahir ~ Baca disini


Mufti Perlis, Dr MAZA hari ini telah memuji lirik lagu Assalamualaikum nyanyian faizal Tahir yang mendapat naib juara di pentas Anugerah Juara lagu.

Ini komen Dr MAZA:

Saya ingin mengucapkan syabas kepada saudara Faizal Tahir yang berusaha menyampaikan misi kemanusiaan dalam lirik lagunya. Seni itu sepatutnya membangunkan kemanusiaan dan hidup yang berteraskan beradaban yang tinggi.



Selain Dr MAZA, Faizal turut mendapat pujian pertubuhan NGO Ikram Malaysia. Melalui kenyataan facebook Ikram For Syria, tindakan Faizal Tahir menyampaikan lagu berjudul Assalamualaikum dengan video latar belakang situasi pelarian Syria.

Ianya amat menyentuh hati orang ramai. Ini komen IKRAM:

"Untuk pengetahuan anda, Faizal telah beberapa kali menyertai misi kemanusiaan ke kem pelarian Syria di Lubnan dan Jordan bersama Aqsa Syarif dan i4Syria (Ikram For Syria).

"Jazakallah khair. Semoga Allah membalas amal anda sebaik-baiknya,"

Tahniah Faizal Tahir


Kisah taubat seorang Mak nyah ini pasti buat anda mengalirkan air mata...


Islam itu mudah, tetapi bukannya kita memudahkan Islam itu, apa yang diperintah dan disyariatkan kita hanya perlu lakukan, bahkan, apabila kita kerjakan apa yang diperintahkanNya, hati ini rasa sungguh damai, tenang seperti bebas daripada masalah.

Bagi mereka yang telah terlanjur atau melakukan dosa, ketahuilah bahawa pintu taubat itu sentiasa terbuka, selagi hidup, kita masih belum terlambat untuk berubah, tetapi kena ketahui, kita tidak tahu bila kita akan mati. Jadi berubahlah dengan segera.

Admin terbaca satu perkongsian yang amat menarik yang dikongsikan oleh seorang penulis buku di laman Facebooknya bernama  Abang Long, di mana dia menceritakan pengalamannya di hospital semasa menemani anaknya yang berada di hospital.

Jom kita baca cerita yang cukup baik untuk dicontohi.

Sujud seorang Mak Nyah.
.
.
Saya pandang wajahnya. Dia tersenyum, dan saya membalas senyumannya yang manis.

Saya pandang sekali lagi. Dia masih pandang ke arah saya.

Kali ini, barulah saya nampak. Rupanya dia menggamit tangan ke arah saya.
Perlahan saya menuju ke katilnya.

"Bang, maaf ya, saya nak minta tolong sikit boleh?" suaranya memang persis seorang gadis.
Saya hanya mengangguk.

Rupa-rupanya, beliau hendak menukar pakaian. Dan merasa agak terganggu dengan jelingan pesakit dan orang ramai.

Beliau ialah seorang Mak Nyah.

Bagi saya. Mak Nyah juga adalah manusia yang ada maruah. Siapa kita untuk memandang hina kejadian mereka ?

Kain langsir ditarik bagi menutupi kawasan sekeliling katil.

Tidak sampai beberapa minit. Pesakit itu memanggil saya kembali.

Kali ini kelihatan dia telah menukar baju dan memakai kain yang disediakan oleh pihak hospital.

"Bang, maaf sekali lagi. Boleh tak abang temankan saya ke bilik air?"

"Boleh." dengan bersahaja saya menjawab ringkas.

"Saya takut kalau abang rasa malu dengan saya ..." pesakit itu seperti malu-malu meneruskan niatnya.

"Jangan fikir tentang itu, jom pergi sekarang ... kalau awak terkencing terberak disini ... awak lagi malu."

Tiba-tiba dia ketawa tanpa dapat ditahan.

Orang ramai memerhati telatah kami.

Bila saya pegang tangannya. Terasa benar dia sedang demam. Tubuhnya agak panas.
Timbul rasa kasihan.

Usai menguruskan hajatnya. Dia keluar dari bilik air dengan wajah yang agak lega.
Sebaik tiba di katilnya. Dia terus merebahkan diri dengan segala kelegaan.

Tiba-tiba, dia pegang tangan saya dengan erat dan terus diciumnya. "Terima kasih ya bang ..." air matanya mengalir.

Saya hanya menepuk bahunya.

"Tak ada siapa yang nak datang tengok saya ... keluarga saya dah buang saya ..." luahnya dalam sendu.

Saya tergamam tetapi mampu menahan diri dari menunjukkan sebarang reaksi.

"Tetapi, saudara kena ingat satu perkara ... Allah tidak pernah buang hamba NYA. Ini pasti. Sakit juga adalah tanda kasih NYA. Kalau saudara nak solat, saya boleh bantu."

Pesakit itu memandang wajah saya dengan seribu pengharapan.

Jam 5 petang. Dia menggamit ke arah anak saya.

"Abah, orang tu panggil ..."

Saya terus ke katilnya semula.

"Bang, saya nak sembahyang, tapi drip air ni ...?"

Saya hanya tersenyum.

"Islam tu mudah ..."

Dan saya uruskan hajatnya untuk sujud kepada Allah.


INFO : Amalan yang Sunat dilakukan pada hari Jumaat...



Rasulullah s.a.w. bersabda, Hari Jumaat adalah penghulu segala hari dan hari yang paling mulia di sisi Allah. Hari Jumaat ini lebih mulia dari hari raya Aidilfitri dan Aidiladha di sisi Allah. TAK BUAT RUGI Maka bergembira dan berbahagialah bagi mereka yang bersungguh-sungguh meraih

keuntungan padanya dan amatlah ruginya mereka yang mengabaikannya


Di antara perkara-perkara sunat yang boleh dilakukan pada hari Jumaat ialah.

AMALAN PERTAMA: Ibnu Masud berkata, “Sesiapa yang memotong kuku pada hari Jumaat, Allah akanmenyembuhkannya daripada penyakit dan memberikannya keselamatan.” Selain memotong kukumemakai pakaian yang bersih dan cantik serta bau-bauan. Disunatkan juga mencukur kepala, memotong kuku, memendekkan misai, memakai wangi-wangian dan mengenakan pakaian yang sebaik-baiknya.





klik utk besarkan



AMALAN KEDUA. Sunat membaca surah Al Kahfi pada malam Jumaat dan di waktu siangnya. Surah ini panjang oleh itu, mulakan selepas asar hari khamis dan di sambung sehingga asar hari jumaat. Sabda Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh Abi Said Al-Khudri yang bermaksud: “Sesiapa membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, Allah menerangi hidupnya antara dua Jumaat.”


AMALAN KETIGA: Membaca Surah Ali-Imran. Sabda Nabi s.a.w. yangb bermaksud: “Sesiapa yang membaca surah Ali Imran pada hari Jumaat, maka Allah dan malaikat mendo’akan kebaikan ke atasnya sehingga matahari terbenam pada hari itu.”


AMALAN KEEMPAT. Memperbanyakkan membaca selawat ke atas Nabi s.a.w. pada malam hari dan di waktu siangnya. Rasulullah s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud: “Perbanyakkanlah membaca selawat padaku pada malam dan hari Jumaat, maka siapa yang membaca selawat untukku satu kali, Allah akan berselawat kepadanya 10 kali (Allah akan memberinya rahmat 10 kali)”.(HR.Al-Baihaqi)


AMALAN KELIMA. Membaca Yassin. Sesiapa membaca surah Yassin pada malam Jumaat, Allahmengampunkan dosa kecil yang dilakukan, demikian menurut hadis Rasulullah yang diriwayatkan oleh Abi Hurairah


AMALAN KEENAM. Mandi Sunat Jumaat. Sabda Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh Abdullah Ibn Abi Khatadah, bermaksud: “Sesiapa yang mandi pada hari Jumaat seolah-olah dirinya bersih hingga Jumaat akan datang.”


AMALAN KETUJUH. Solat Jumaat. Mereka yang mendirikan solat Jumaat antara satu Jumaat ke satu Jumaat berikutnya, maka Allah mengkifaratkan atau mengelakkan dia daripada terbabit dosa besar.


AMALAN KELAPAN. Berdoa Bersungguh-sungguh. Majoriti ulama’ berpendapat bahawa makbulnya do’a yang dibaca di antara dua khutbah, iaitu ketika imam sedang duduk antara khutbah pertama dan khutbah kedua. Ibnu Qayyim Al-Jauzi mengatakan: Di antara sekian banyak pendapat ada dua yang paling kuat, sebagaimana ditunjukkan dalam banyak hadis yang sahih, pertama saat duduknya khatib sampai selesainya solat.


AMALAN KESEMBILAN. Banyakkan Bersedekah. Sedekah pada hari itu lebih utama dibanding sedekah pada hari-hari lainnya.




AMALAN KESEPULUH: Melakukan sembahyang sunat 4 rakaat sebelum Jumaat dan 4 lagi selepasnya.


AMALAN KESEBELAS: Sunat membaca surah al Fatihah, al Ikhlas, al Falaq dan an Nas setiap satunya sebanyak 7x selepas memberi salam sembahyang Jumaat. Sabda Rasulullah s.a.w. “Sesiapa membaca surah Fatihah, al Ikhlas, al Falaq dan an Nas sebanyak 7 kali sebelum ia mengubah cara duduknya setelah imam selesai memberi salam pada hari Jumaat, nescaya akan diampuni dosa-dosanya yang telah dilakukan dan yang akan datang serta diberi ganjaran pahala sebanyak bilangan orang yang beriman kepada Allah dan RasulNya.”


Wallahua’lam.


Lelaki Ini Jelaskan Keadaan Wanita Ketika Lalui Period Pain Dalam Cara Paling Kelakar.. Setuju Ke Tidak?

pms

Pernah tak member perempuan korang ni sifatnya happy go lucky, ceria dan senyum je memanjang tapi bila ada satu masa ni bila korang ajak bergurau tiba-tiba dia mengamuk tak tentu pasal. Haa.. maknanya ada benda la tu yang tak kena. Period kot?
Bagi lelaki ni, kadang-kadang diorang tak faham betapa tak selesa dan annoying bila perempuan ada PMS ni.. Mungkin korang akan faham bila baca story mory yang kami kongsikan ni.. Patut la.. Huhu

‘Ada masa deme sangat ok, masa deme salahkan kita’

Screen Shot 2016-01-21 at 4.15.14 AM

Itu baru PMS.. Kita ke zaman period pula..

Screen Shot 2016-01-21 at 4.15.30 AM

‘Perempuan yang jadi/bakal jadi bini engko tu makhluk pelik engko kena hadap..’

Screen Shot 2016-01-21 at 4.15.36 AM


Kenapa Abang Suka Kakak Ipar, Abang Hansem, Akak Tak Cantik, Kulit Gelap, - Maya


Menerima insan baru di dalam keluarga terutamanya ipar sudah pasti manjadi satu benda baru yang harus di terima atau disesuaikan.

Kadangkala kita tidak tahu perangai sebenarnya sehinggalah menjadi keluarga kita dan jangan membuat tanggapan awal sehinggalah kita betul-betul kenal orang itu.

Menjadi bualan di laman sosial kisah yang dimuatnaik oleh page IIUM Confessions - BM, di mana page berkenaan memuatnaik luahan netizen.

Di dalam banyak-banyak luahan, admin cukup tertarik dengan satu pos yang mengisahkan seorang wanita bernama Maya yang tersalah tafsir perangai kakaknya dek hanya kerana kurang cantik sehinggalah dia sedar kehebatan kakaknya yang tidak cantik itu apabila ibunya sakit.

Jom kita baca.

Salam, tahun lepas aku dapat seorang lagi kakak ipar, abang ipar aku yang kelima berkahwin. Dalam ramai-ramai abang aku, dialah yang paling kacak. Tetapi isterinya bagi aku berwajah biasa-biasa sahaja. Tak cantik, berkulit gelap.

Dari mula mereka bertunang lagi, aku macam agak kecewa jugalah. Ingatkan kakak ipar ini cantik, lawalah sehingga abang aku itu beria-ria suruh ummi aku pergi meminang sampai ke pantai timur kami pergi.

Kawan-kawan aku juga teruja nak melihat gambar kakak ipar aku tetapi aku malu sebab kakak ipar saya hanya biasa-biasa sahaja.

Abang aku jumpa dia dua kali saja selepas itu terus pinang. Mereka bertunang lebih kurang dalam tiga bulan terus bernikah.

Selepas kahwin, kakak ipar iaitu Kak Na, duduk serumah dengan kami. Gayanya agak kasar dan dia memang lasak seperti jantan. Aku sendiri kadang-kadang hairan mengapa abang aku sayang sangat dekat dia. Pernah sekali aku nampak dia memanjat tangga, tukar lampu dapur seorang-seorang.

Pokok rambutan belakang rumah aku pun selamba dia panjat. Masa itu saya ingat lagi, saya menggeleng-geleng kepala dan cakap pada ummi yang Kak Na sudah serupa 'beruk'.

Kadang-kadang dia tolong ambil adik aku di asrama. Adik kata, Kak Na pandu kereta seperti orang gila, laju seperti memandu Ferrari. Tetapi dalam kasar-kasar Kak Na, suara dia agak lembut walaupun nyaring sikit. Kalau anak-anak saudara aku datang, dia memang suka melayan. Dia bacakan buku cerita, main buku warna dan lukis sehingga kadang-kadang ada yang tak mahu balik kerana mereka mahu tidur dengan Kak Na. Kak Na pandai melayan karenah budak-budak.

Kak Na ini jenis yang 'Happy Go Lucky' jugalah. Kalau dia menonton televisyen seorang diri pun dia boleh tergelak seperti langsuir. Tidak pernah aku tengok dia ada masalah. Kadang-kadang orang tanya, dah berisi ke belum, air mukanya berubah juga. Tetapi selepas itu Kak Na tersengih saja.

Ada sekali itu, aku baru balik rumah dengan abang aku, tengok Kak Na sedang memanjat bumbung. Punyalah cuak aku sampai menjerit Kak Na sudah gila ke apa? Pada masa itu abang aku pun turut melaung sama marahkan dia. Rupa-rupanya dia nak mengambil anak kucing yang terperangkap di atas bumbung.

"Kesian anak kucing tu, mengiau dari tadi sebab tak reti nak turun," katanya.

Abang aku marah dia sampai menangis. Itulah pertama kali aku melihat dia menangis. Tetapi dalam sedu tangisan, dia sempat menjawab.

"Abang ingat Ana boleh tidur ke kalau kucing ini mati sebab jatuh dari bumbung?" katanya.

Baru-baru ini, ummi aku tergelincir dalam bilik air. Kak Na lah yang siang malam menjaga ummi. Kak Na aku ini ada kelulusan ijazah jururawat. Walaupun tidak kerja, tetapi kemahiran dia sangat mantap bagi aku yang tidak pernah menjaga orang sakit ini.

Mandi, tukar lampin, suap makan, semua Kak Na yang buatkan. Sampaikan aku sendiri segan dengan dia. aku sendiri pun terasa agak kekok nak menguruskan Ummi. Mujur ada Kak Na.

"Maaf ummi, sebab tak dapat jaga ummi sepenuh masa," kata aku pada ummi.

"Tak apa, Kak Na ada," balas ummi.

Ummi tahu yang aku tidak menggemari Kak Na. Ummi kata jangan menilai orang di luaran sahaja.

"Tengok dalam ramai-ramai kakak ipar kamu yang lawa-lawa itu, ada ke mereka sanggup menunggu ummi di hospital dulu?" kata ibu yang membuatkan aku terasa sangat bersalah pada Kak Na.

Teringat dulu yang aku pernah cakap-cakap belakang mengenai Kak Na. Alangkah jahatnya aku.

Sekarang, ummi dah boleh berjalan semula tetapi menggunakan tongkat. Ka Na masih duduk dengan kami walaupun abang aku sudah membeli rumah lain.

"Kak Na nak jaga Ummi dulu. Rumah itu tak apa, tak lari ke mana pun," katanya.

Hubungan aku dengan Kak Na juga semakin baik. Beberapa hari yang lalu ,aku sempat bertanya pada abang kanapa dia sangat menyayangi Kak Na.

"Mula-mula jatuh cinta bila mendengar suaranya. Selepas itu abang uji sikit-sikit, aalhamdulillah, abang yakin dengan pilihan abang," jawabnya.

"Abang tak rasa ke Kak Na itu kasar sikit?" soal saya lagi.

"Dalam bilik lain," selorohnya membuatkan aku tergelak. Bongok juga abang aku ini.