ANDA TIDAK AKAN PERCAYA , RUMAH TERSOROK INI DIBINA DI ATAS BANGGUNAN TINGGI
Posted By:
soyacincau
on 22:50:00
Siapa sangka kretiviti manusia sehingga tahap ini . Ohsem bukan . Sebuah rumah dibina diatas banggunan yang tinggi . Jom lihat lagi gambar lain . Untuk pengetahuan pembaca , rumah ini berada di Manhantan ,NY .
#Throwback Fesyen Murid Lelaki Zaman Sekolah Pada Tahun 1990an Yang Mesti Dikenang
Posted By:
soyacincau
on 12:13:00
Admin lahir pada tahun 1990 , melalui zaman kegemilangan kanak-kanak . Seronok tidak seperti kanak-kanak sekarang . Entri pada kali ini , mahu berkongsi fesyen murid lelaki pada tahun 1990 .
Zaman persekolahan adalah satu zaman yang paling seronok. Kenangan zaman sekolah dan zaman nakal memang susah nak dilupakan. Masa zaman sekolah ni lah kita dapat tengok macam-macam fesyen yang ada. Sebab waktu, siapa pakai barang sekolah mahal dialah yang paling kaya.
Seluar sekolah jenis boot cut lepas tu pakai tancho tebal sampai rambut jadi pun jadi keras. Tang kasut pula yang popular waktu tu mestilah kasut pallas jazz atau penguin. Bab tali pinggang mesti superman atau alien warkshop. Waktu tu rasa dah bangga sangat dapat pakai jenama ni.
Fesyen rambut mesti belah tengah nak ikut gaya Nick Backstreet Boys. Rasa dah handsome sangat kan.. Paling tak boleh tahan tali pinggang mesti ada terjulur lebih. Masa ni sesiapa murid lelaki yang ada stail macam ni kira dialah yang paling macho dan menjadi pujaan murid perempuan. Apapun semua jadi kenangan indah yang sukar dilupakan
Minyak rambut pada ketika itu , tancho .
Kasut sarung kain , ala-ala auntie taiche pagi-pagi
KESEDARAN ! KENAPA MELAYU SAMPAI KIAMAT PUN AKAN JADI HAMBA CINA DI TANAH MELAYU SENDIRI
Posted By:
soyacincau
on 02:39:00
Kesedaran harus wujud dalam kalangan pemuda dan pemudi di Malaysia khususnya melayu . Kerana apa , ini tanah adat kita . Kita wajib pertaphankan kedaulatannya untuk siapa ? Pewaris , anak cucu dan generasi akan datang .
Namun jika dilihat sekarang ekonomi niaga kita dimonopoli oleh orang cina , bukan sebab mereka guna ilmu hitam atau apa, tapi cara mereka berniaga . Nah , admin kongsikan kenapa melayu sampai kiamat pun akan jadi hamba cina . Bukan racist tapi inilah sudut yang harus dinilai baik oleh semua anak melayu..
1.Ini jawapan kepada soalan di atas. Melayu jadi hamba kerana tiada sifat ketuanan Melayu. Dalam kertas Perlembagaan memang ada, kat pejabat UMNO pun ada tulis besar- besar perkataan "ketuanan melayu" tapi sifat "tuan" itu tiada dalam hati kita.
3.Kalau beginilah cara kita berfikir,cipta peluang pekerjaan banyak mana pun takkan bantu kita. Kerajaan tak boleh tolong kita dalam perkara ini. Najib dan Tun M memang bersalah dalam banyak perkara, tapi ini bukan salah satu dari salah mereka. Bina Lebuhraya Plus Timur Barat , Darat Udara banyak mana pun tak akan tolong ekonomi orang Melayu kalau kerja orang kita hanya jaga tol, dan tokei besarnya bangsa lain.
4. Ini bukan soal siapa lebih kuat bekerja. Kami pasti, Melayu bukan malas bekerja semuanya, malah ada di antara kita yang lebih kuat bekerja dari Cina tetapi masih tak cukup- cukup duit untuk makan. Kita kerja kuat mana pun, kita hanya bekerja untuk orang. Kita yang gah menyambut Maulud Nabi, yang sayangkan Nabi "lebih" dari sahabat Nabi sendiri ( sahabat Nabi tak sambut Maulud) lupa apa yang Nabi pernah pesan. 9/10 rezeki datang dari perniagaan.
5. Seorang lelaki cina tua tuan kedai basikal buruk sebenarnya lagi baik daripada lelaki Melayu pegawai kerajaan Jusa C yang gajinya berpuluh ribu. Tun M bersetuju dengan kenyataan kami.
6. Bukan salah Melayu sebenarnya masalah kita ini. Amboi, sikit-sikit nak salahkan kaum sendiri , hina sangatkah Melayu ini, bodoh sangatkah sampai semua yang dibuat tak betul. TIDAK.
Masalah ini berlaku kerana kita hidup berbagai kaum, kalau Malaysia ini Melayu sahaja yang tinggal, tak jadi macam ini, kita semua akan mempunyai tahap kemalasan yang sama. Semuanya akan sama-sama mundur dan kita tidak terasa pun kita ini mundur. Semuanya pakat-pakat syok sendiri, dan berpuas hati dengan apa yang ada .Kejadian ini berlaku pada Muslim-Muslim di Tanah Arab , sebab itulah Timur Tengah tak membangun. Lihat keadaan di Jordan , Mesir dan lain-lain. Itulah gambarannya kalau tiada Cina di Tanah Melayu.
7. Jadi wahai bangsaku, jelas kami nyatakan di sini, Melayu tak salah, cuma cina yang bijak berniaga. Bangsa kedua paling malas di dunia (No 1 pastilah Arab),ditempatkan duduk dengan bangsa paling bijak berniaga di dunia.Inilah eksperimen palingkejam yang dibuat oleh penjajah British.
8. Bukan salah Cina pula masalah ini. Cina bukan niat secara lansung memang nak jajah tanah ini, mereka bukan sejahat itu ,tapi itu memang perangai mereka di mana pun mereka jejak, mereka akan berniaga , dan akhirnya mereka akan miliki tempat itu. sebab itu setiap negara di dunia akan ada China Town. Itulah tanda kekuasaan ekonomi bangsa Cina. Syabaslah pada mereka. Ini perangai mereka yang patut kita puji dan tiru.
9. Bangsa Melayu bukan satu-satunya bangsa yang merasakan survival kita terancam dengan kebijaksanaan Cina berniaga , Samseng Bajingan Dewataraya Dunia, Amerika Syarikat, melalui calon Presiden Donald Trump sudah mula melahirkan kebimbangan pada negara China yang dikatakan bijak menjalankan perjanjian bisnes sampai menindas negara gergasi dunia itu sendiri. Mereka merendahkan matawang mereka supaya barang mereka dibeli USA. Macam-macam lagi taktik mereka yang licik dan bijak dalam perjanjian bisnes dengan USA. Ikuti kempen Donald Trump kalau nak tahu lebih.
10. Di Malaysia, zaman sebelum merdeka, kita tanam padi, mereka pula bekerja di lombong emas.
Lepas merdeka, kita konon-konon boleh memerintah negara, mereka sudah buka bank mereka yang pertama! Kita baru nak belajar ilmu hartanah, mereka sudah bina taman perumahan sendiri.
Kita baru acah acah jual tudung, kain tudung itu pun Cina hasilkan di kilang besar mereka. Kita ketinggalan beribu batu di belakang !
11. Jangan takut tanah ini jadi Singapura,kerana tanah ini memang sudah jadi Singapura! Nama saja Tanah Melayu, kami minta pembaca sebut sendiri di mana tanah kamu.Tak semua akan berjaya sebut di mana tanah masing- masing. Rumah taman tu bukannya tanah. Nak tanam pokok durian pun tak lepas! Jangan takut sangat kalau Dap memerintah seperti yang dimomok-momokkan pihak tertentu, kalau dia memerintah dia hanya akan ambil biasiswa bagi lebih sedikit pada orang cina sahaja, kuasa mereka yang sebenar sudah ada SEKARANG, tak perlu tunggu Dap memerintah.
12. Ini bukan soal bangsa. Ini soal survival. Sekarang di Kuala Lumpur penuh dengan peniaga Indonesia yang berniaga di bazar- bazar paling besar di sana. Indon yang dulu kita pandang rendah kerana mengangkat bata siang malam sekarang sudah mula bergiat dalam bisnes. Angka pendatang Indon makin ramai, dengan kerajinan mereka berniaga, tak mungkin suatu hari nanti mereka akan jadi "cina baru" dalam suasana bisnes Malaysia. Indon itu semuanya Melayu, kalau mereka mendominasi ekonomi kita nanti, di mana nak laung slogan Hidup Melayu lagi lepas ini?
13. Apa tindakan kita sekarang?Jangan lepas baca artikel ini pergi beratur di bank buat pinjaman terus untuk berniaga. Langkah pertama anda adalah BELAJAR BERNIAGA. Lepas keluar web kami, pergi follow jutawan Melayu yang suka mengajar ilmu bisnes di Facebook. Contohnya, Ainon Mohd. Berhenti baca 9gag pada waktu lapang dan mulalah "usha-usha" laman web sekolahbisnes.net . Belajar berniaga dulu.
14. Bila sudah pandai, mulalah berniaga , niatlah anda berniaga untuk tinggalkan empayar perniagaan pada anak cucu sebelum mati walaupun hanya empayar menjual susu segar.
15. Kepada yang sudah berniaga, berniagalah dalam kumpulan ,bangsa Cina memang berniaga dalam kumpulan. Saya cadang anda sertai Kumpulan Niaga ABS milik ABS Puan Ainon. Semua jenis perniagaan ada di situ. Jual roti, jual kambing , spa , jual buku, internet marketing, sebut sahaja apa jenis,insyaAllah sudah ada kumpulan niaga yang dibentuk bawah naungan ABS.
16. Mungkin masa sudah agak terlambat untuk mula berniaga kerana pemborong besar semua orang Cina. Mereka bebas main harga barang asal,dan itu bukanlah satu kesalahan dari segi undang-undang, sebab itulah kami pesan suruh berniaga di dalam kumpulan.
17. Jatuhkan pimpinan tertentu yang cakap mereka bela melayu tapi hakikatnya hanya bela 2 3 orang Melayu. Anda tahu siapa, tak payah ulas lebih-lebih.
18. Support barang orang Melayu, bila cakap support, kami tak suruh boikot barang cina. Support ini bukan hanya dengan beli barang dari Melayu tapi beranikanlah diri anda menegur kalau nampak lalat, kurang masin dalam masakan dan sebagainya.
19. Perjuangan ini adalah jihad ekonomi !Ini adalah jihad sebenar dalam realiti ekonomi Malaysia, bukan kami nak reka-reka. Isis Malaysia kalau betul nak berjihad boleh mula dengan berniaga air tebu di pasar- pasar malam.
20. Akhir kata, Isma, Rani Kulup Ibrahim Ali kalau betul anda sayang melayu, sila kongsi artikel ini , Kalau anda ingat kami tulis ini sebab nak cari trafik web, anda boleh kopi pasta idea ini masuk dalam page masing-masing. Buat macam idea sendiri ,mengaku anda mimpi jumpa Nabi dapat ilham untuk tulis artikel ini, kami tak kisah , janji mesej mulia ini sampai. Sekian terima kasih.
SILA SHARE JIKA ANDA RASA ARTIKEL INI BERMANFAAT .
CARA MALAIKAT MEMBERITAHU BAHAWA AJAL KITA SUDAH SAMPAI
Posted By:
soyacincau
on 20:21:00
Mati ? adalah suatu perkara yang pasti berlaku pada semua hambaNya . Namun , yang membezakan kita antara yang lainnya adalah amalannya . Hari ini , admin mahu berkongsi sedikit tanda awal malaikat memberitahu ajal kita akan tiba .
Sebahagian Para Nabi berkata kepada Malaikat pencabut Nyawa. "Tidakkah Kau memberikan Aba- aba atau peringatan kepada Manusia bahawa kau datang sebagai malaikat pencabut nyawa sehingga mereka akan lebih hati - hati? "
Malaikat itu menjawab . "Demi Allah, aku sudah memberikan aba -aba dan tanda- tandamu yang sangat banyak berupa penyakit , uban , kurang pendengaran , penglihatan mulai tidak jelas ( terutama ketika sudah tua). Semua itu adalah peringatan bahawa sebentar lagi aku akan menjemputnya. Apabila setelah datang aba -aba tadi ia tidak segera bertaubat dan tidak mempersiapkan bekal yang cukup, maka aku akan serukan kepadanya ketika aku cabut nyawanya : "Bukan kah aku telah memberimu banyak aba -aba dan peringatan bahawa aku sebentar lagi akan datang? Ketahuilah , aku adalah peringatan terakhir , setelah ini tidak akan datang peringatan lainnya " ( HR imam qurthubi )
Beginilah cara kerja Malaikat MautNabi Ibrahim pernah bertanya kepada Malaikat maut yang mempunya dua mata diwajahnya dan dua lagi tengkuknya . "Wahai malaikat pencabut nyawa , apa yang kau lakukan seandainya ada dua orang yang meninggal diwaktu yang sama; yang satu berada di hujung timur yang satu berada diujung barat, serta ditempat lain tersebar penyakit yang mematikan dan dua ekor bintang melata pun akan mati? "
Malaikat pencabut nyawa berkata: "Aku akan panggil ruh - ruh tersebut , dengan izin Allah , sehingga semuanya berada diantara dua jariku , Bumi ini aku bentangkan kemudian aku biarkan seperti sebuah bejana besar dan dapat mengambil yang mana saja sekehendak hatiku " ( HR abu Nu ' aim )
Ternyata Orang Mati Mendengar Tapi Tidak Bisa MenjawabRasullullah SAW memerintahkan agar mayat- mayat orang kafir yang tewas pada perang badar dilemparkan ke sebuah sumur tua. Kemudian beliau mendatanginya dan berdiri di hadapannya. Selepas itu, beliau memanggil nama mereka satu- satu: "Wahai fulan bin fulan , fulan bin fulan , apakah kalian mendapatkan apa yang telah dijanjikan oleh Tuhan kalian untuk kaliab betul- betul ada? Ketahuilah sesungguhnya aku mendapatkan apa yang dijanjikan Tuhanku itu benar -benar ada dan terbukti. "
Umar lalu bertanya kepada Rasulullah . "Wahai Rasul, mengapa engkau mengajak bicara orang -orang yang sudah menjadi mayat? "
Rasulullah menjawab . "Demi Tuhan yang mengutusku dengan kebenaran, kalian memang tidak mendengar jawapan mereka atas apa yang tadi aku ucapkan , Tapi ketahuilah , mereka mendengarnya , hanya saja tidak dapat menjawab " (HR Bukhari Muslim)-
sumber:kuatsembang.com
ALLAHURABBI , PIHAK HOSPITAL IKAT PERANAKAN SAYA TANPA PERSETUJUAN TERLEBIH DAHULU
Posted By:
soyacincau
on 22:56:00
Nota editor : kisah ini ditulis dilama facebook milik Abah Farish . Semoga semua mengambil langkah berhati-hati agar tidak berlaku kepada yang lain .
Pada beberapa hari lepas wife saya telah selamat melahirkan cahaya mata pengarang jantung hati saya yang kedua di hospital raja permaisuri bainun di ipoh (ceaser). Sewaktu saya menunggu detik wife saya dari dalam labour room lagi saya tidak berpuas hati kerana sewaktu saya meneman wife saya yang sedang kesakitan untuk melahirkan anak saya turut berjuang bersama (kedengaran seperti melawak) saya terpaksa bertepuk tangan di dalam lobour room tersebut menampar nyamuk yang banyak berterbangan di keliling wife saya. Bagaimana boleh ada banyak nyamuk di dalam bilik lobour room? Sedangkan hospital tersebut bukannya berada berhampiran hutan. Ditambah lagi sakitnya hati saya setelah wife saya melahirkan anak kemudian mereka ditempatkan kedalam wad. Disitu anak kecil saya umur baru beberapa jam telah dirasmikan dengan berekor nyamuk. Seperti nyamuk2 disitu membuat kenduri/berpesta. Sedangkan jabatan kesihatan kerap membuat dan gemar untuk menyaman premis2 luar berkenaan dengan nyamuk/jentitik2 tapi bagaimana di hospital sendiri boleh menternak bukan hanya seekor, puluh ekor mungkin beratus ekor nyamuk kemungkinan disitu. Bila kita mengadu pihak mereka akan tarik muka konon kita hendak menuduh mereka. Bila kita viralkan mereka kata kita membuat2 cerita. Jika xpercaya try la check in di wad berikut. Ini baru hospital raja permaisuri bainun. Setelah wife saya dibenarkan untuk discharge, anak saya pula telah didapati kuning dan kemudiannya dimasukkan ke dalam wad kanak2 hospital kuala kangsar. Disini lain pula ceritanya, setiap masa waktu melawat saya akan tiba dihospital untuk menemani wife saya dan menhantar bekalan agar dia tidak akan merasa kesunyian dan kekurangan manakala anak sulung saya terpaksa saya tinggalkan kepada mertua saya. Pada suatu ketika wife saya mengadu kepada saya mengatakan pedih pada luka ceaser dia. Kemudian dia merasakan seperti ada cairan yang keluar pada luka tersebut. Pada tengah malam wife saya telah menghubungi saya dan memberitahu bahawa pihak hospital telah menyatakan semasa oprate di hospital ipoh untuk kali kedua ini pihak hospital ipoh telah ikat teros peranakan wife saya melalui buku pink wife saya. Saya merasa amat terkejut dan tersentap sedangkan saya dan wife tidak diberitahu sebarang maklumat berkenaan perkara berikut sewaktu di ipoh. Pada keesokan harinya doktor telah double check buku pink tersebut dan menyatakan pihak dia tersalah info bahawa proses ikat peranakan akan dilakukan bagi oprate untuk kali ketiga. Mengapa pihak hospital begitu mudah memberi andaian begitu tanpa memeriksa dengan teliti? Setelah itu saya berasa sungguh marah dan berjumpa dengan doktor tersebut untuk bertanyakan bila wife saya boleh discharge kemudian doktor menjelaskan kepada saya dan saya terima penjelasan doktor tersebut dan terus sabar menunggu. Keesokan harinya wife saya dibenarkan discharge. Pada tengaharinya saya membawa wife saya pulang dan teros lapor kepada klinik terdekat untuk membuat lawatan lanjutan. Kemudian sewaktu diklinik desa nurse tersebut amat terkejut kerana luka pada ceaser wife saya telah terbukak sedikit dan menyatakan keadaan tersebut bahaya dan minta saya membawa wife untuk membuat pemeriksaan di klinik pekan dimanong yang mempunyai doktor. Disana doktor menyatakan tiada ap2 masalah dan hanya diberikan antibiotik sahaja. Kemudian saya menghantar wife saya pulang dan saya terpaksa pulang kerumah saya di port dickson untuk menyelesaikan beberapa perkara. Jarak port dickson ke kuala kangsar bukan satu jarak yang dekat lagi2 hampir menjelang musim perayaan. Minyak bukannya air dengan gst dan harga minyak yang telah meningkat bukan satu perkara yang mudah untuk saya hadapi lagi2 perbelanjaan ulang alik yang telah saya hadapi, ditambahkan lagi gaji untuk bulan akan datang amat perit untuk saya hadapkan. Sewaktu saya dalam perjalanan pulang ke PD wife saya telah menghubungi saya menyatakan dia telah menghubungi ambulans kuala kangsar kerana darah telah keluar pada luka wife saya tanpa henti. Sekarang wife saya telah dimasukkan semula ke wad sedangkan baru beberapa jam tidak sampai suku hari wife saya keluar dari wad dimana doktor mengesahkan tiada ap2 masalah pada wife dan anak saya. Pagi ini saya akan pulang ke kuala kangsar untuk berjumpa dengan pihak berkenaan dengan membawa seribu masalah yang telah wife saya hadapi. Ada satu tahap kita benar2 boleh hilang sabar dengan tindakan mereka yang sambil lewa. Orang kenal kemesraan dan keceriaan kita tapi hanya segelintir orang yang mengenali amarah tersebut. Dengan berkat doa dan nasihat mak saya akan saya pegang bawa berjumpa pihak berkenaan pagi ini. Ap tindakan perlu saya ambil? Itu yang memberikan seribu tanda tanya kepada diri saya sendiri.
#wadbersalinhospitalrajapermaisuribainun
#hospitalkualakangsar
JURUTERBANG MENANGIS SAAT MENGUMUMKAN BAHAWA PESAWAT AKAN TERHEMPAS 6 MINIT LAGI
Posted By:
soyacincau
on 18:47:00
Terjadi pada 9 september yang lalu apabila pesawat europe airpost yang dalam perjalanan dari Croatia ke Perancis mengalami kerosakan enjin ketika dalam perjalanan . Juruterbang mengumumkan bahawa pesawat yang dinaiki akan terhempas dalam masa 6 minit sahaja lagi dalam nada menagis . Dan detik itu adalah detik hitam dan mengerikan kepada semua penumpang pada ketika itu .
Sejurus pengumuman itu , suasana kapal menjadi hingar bingar dan kecoh , sekali lagi juruterbang mengingatkan " kami punyai 6 minit sahaj lagi sebelum terhempas " .
Dalam pada itu , krew memberi arahan bahawa semua penumpang harus memakai jaket keselamatan dan bersiap sedia untuk mendarat di air( lautan ). Benjamin Girard , salah seorang penumpang bercakap kepada daily mall , suasana pada ketika itu dipenuhi tangisan dan teriakan . Pendaratan cemas akan dilakukan di laut dan mungkin ada letupan . Semua takut , bahkan kru kabin pucat dan panik , ujat girard .
Namun , setelah beberapa minit detik hitam itu , pesawat berjaya didaratkan di Lapangan Terbang Marco Polo , di Venice . Berdekatan pantai , dan pendaratan itu tanpa ada sebarang kecederaan -AZYUMIKO
PEMUDA INI LUAHKAN RASA KEBOSANAN TAK TERHINGGA TENTANG DRAMA ' GERAK KHAS ' SETELAH 16 TAHUN DITAYANGKAN
Posted By:
soyacincau
on 08:45:00
Fuh ! terkenang .. TV2 menjadi tv pilihan jika hari sabtu . Khas untuk menonton rancangan gerak khas . Siapa tidak kenal pelakon hebat ketika itu .. lakonan mantap Dato AC Mizal dan Abby Abadi yang memegang watak polis kan?Mula diperkenalkan sekitar 1999, drama tersebut terus melonjak naik dan difilemkan. Boleh dikatakan box office juga lah.
Namun selepas watak polis tersebut telah dikosongkan oleh AC Mizal dan Abby Abadi, Gerak Khas dah macam hilang ‘sengat’ malah tidak diminati lagi.
Kami cuba tengok Gerak Khas yang terbaru, mana tahu ada kelainan namun hampa disebabkan 8 perkara ini.
1)Jalan cerita yang klise
Kalau korang perasaan selalunya diawal rancangan kita dah tahu siapa penjenayah yang melakukan kesalahan. Tiada sebarang kejutan langsung.
2) Kami setuju dengan point nombor 4 lelaki ini. Iyalah sepatutnya drama seperti ini perlu diselitkan dengan fakta-fakta dan info yang menarik bagi menarik minat penonton.Tengok cara CSI atau Law & Order nak tarik perhatian penonton, kadang macam tak percaya pun ada.
3) tak logik .. Bagi kami drama Gerak Khas ini boleh dikatakan agak ‘legend’ dan cukup diminati ramai pada masa lalu. Ada peminat tersendiri lagi-lagi ketika lakonan AC Mizal dan Abby Abadi.
Kalau diberi nafas baru dan tampil dengan jalan cerita yang lebih mantap, tak mustahil satu hari nanti bakal ‘meletop’ semula.
sumber : facebook fazrin jamal
#TAMBAHILMU SUAMI ISTERI MASIH DIANGGAP BERZINA SEPANJANG PERKAHWINAN MEREKA JIKA ....
Posted By:
soyacincau
on 20:26:00
ZlNA AKAN BERTERUSAN WALAU PUN DAH DI IJABKABUL... BACA UNTUK PENGETAHUAN SENDIRI DAN PEDOMAN SEMUA. HIDUP SEBAGAI SEORANG BERNAMA ISLAM JANGAN TERUSAN DALAM KEJAHILAN.
Sesungguhnya, permasalahan ini berat. Perhatikan soalan 1 - 9.
Perkahwinan seumpama ini, Hari ini memang tersangat biasa kerana keluarga biasanya memilih jalan untuk menutup malu. Bila dapat tahu anak "pregnant luar nikah", cepat cepat dikahwinkan.
Berdasarkan kenyataan tersebut, nikah itu TIDAK SAH, maka pasangan itu kelak hidup dalam zina sampai bila-bila... Persoalan ini telah diajukan kepada seorang Imam, di mana banyak persoalan lain timbul dari persoalan pokok tersebut. Saya kongsikan bersama anda di sini kerana ianya amat penting:
Soalan 1: Apakah langkah yang sewajarnya sekiranya seorang gadis belum berkahwin didapati hamil anak luar nikah?
Gadis itu tidak boleh berkahwin sehingga bayi itu dilahirkan.
Soalan 2 : Sekiranya lelaki yang bertanggungjawab itu bersedia mengahwini gadis itu, bolehkah mereka bernikah?
Tidak. Mereka tidak boleh bernikah sehingga bayi itu dilahirkan.
Soalan 3 : Adakah pernikahan itu sah sekiranya mereka berkawin?
Tidak. Pernikahan itu TIDAK SAH. Seorang lelaki tidak boleh mengahwini seorang wanita hamil, walaupun lelaki itu merupakan ayah kepada bayi yang dikandung itu.
Soalan 4 : Sekiranya mereka bernikah, apakah tindakan mereka untuk memperbetulkan keadaan?
Mereka mesti berpisah. Perempuan itu mestilah menunggu sehingga melahirkan, atau sehingga sah dia tidak mengandung, barulah mereka boleh bernikah sekali lagi,secara sah.
Soalan 5 : Bagaimana sekiranya keadaan itu tidak diperbetulkan?
Maka mereka akan hidup di dalam zina kerana pernikahan itu tidak sah.
Soalan 6 : Apakah hak seorang anak luar nikah?
Kebanyakan pendapat mengatakan bahawa anak itu TIADA HAK untuk menuntut apa-apa daripada ayahnya.
Soalan 7 : Sekiranya hukum mengatakan lelaki itu bukan ayah kepada anak tersebut, adakah itu bermakna dia bukan mahram kepada anak perempuannya sendiri?
Ya. Dia tidak boleh menjadi mahram.
Soalan 8 : Sekiranya seorang lelaki Muslim Dan seorang wanita Muslim (atau bukan Muslim) ingin bernikah setelah bersekedudukan, apakah tindakan yang sewajarnya?
Mereka mesti tinggal berasingan segera Dan menunggu sehingga perempuan itu haid satu kali sebelum mereka boleh bernikah.
Soalan 9 : Sekiranya saya kenal/tahu seseorang di dalam keadaan ini, apakah saya perlu memberitahu kepadanya, atau lebih baik menjaga tepi kain sendiri?
Anda wajib memberitahu, kerana itu sebahagian tanggungjawab anda sebagai saudaranya. Mereka harus diberi peluang untuk memperbetulkan keadaan mereka, kalau tidak semua keturunan yang lahir dari pernikahan tidak sah itu adalah anak-anak yang tidak sah taraf.
Kesimpulannya: Ibu bapa, saudaramara, org2 kampung, tok2 imam, tok2 kadi Dan saksi-saksi yang tahu akan keadaan tersebut tetapi mendiamkan, membiarkan atau membenarkan pernikahan tersebut diteruskan maka mereka juga tidak terlepas daripada menanggung azab dan seksaan samada didunia atau pun diakhirat...
Tolong jangan abaikan text ini. Ini merupakan satu perkara yang serius. Jadi, fahami dan dalami betul-betul dan bincanglah dengan Imam/ustaz sekiranya perlu.
Mafhumnya: Katakanlah: 'Sesungguhnya sembahyangku Dan ibadatku, hidupku Dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara Dan mentadbirkan sekalian alam...
SUMBER : USTAZ ROSLI AL HAFIZ
KEMANAKAH MENGHILANGNYA BEKAS ISTERI DATO SERI NAJIB PERGI ?
Posted By:
soyacincau
on 22:41:00
Pada April 1984, majalah Keluarga telah menyiarkan temubual bersama Toh Puan Tengku Puteri Zainah Binti Tengku Eskandar, iaitu isteri (kini bekas isteri) Menteri Besar Pahang ketika itu, Dato' Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak (kini Perdana Menteri Malaysia).
Temubual oleh penulis bernama Hasnifalina itu dilabelkan sebagai "Eksklusif", mungkin kerana Tengku Puteri Zainah jarang atau pun tidak pernah ditemubual oleh pihak media cetak sebelum itu. Walau bagaimanapun, hasil temubual "eksklusif" itu tidaklah begitu menarik pun melainkan hanya tajuknya (seperti tajuk entri ini) yang boleh dikatakan sedikit mencuit hati.
Temubual oleh penulis bernama Hasnifalina itu dilabelkan sebagai "Eksklusif", mungkin kerana Tengku Puteri Zainah jarang atau pun tidak pernah ditemubual oleh pihak media cetak sebelum itu. Walau bagaimanapun, hasil temubual "eksklusif" itu tidaklah begitu menarik pun melainkan hanya tajuknya (seperti tajuk entri ini) yang boleh dikatakan sedikit mencuit hati.
Tengku Puteri Zainah agak segan untuk bergambar bagi disiarkan dalam majalah. "Badan saya gemuk sikit, tak payahlah ambil gambar", kata beliau yang ketika itu baru selesai berpantang selepas melahirkan anak ketiga.
Apabila ditanya tentang bagaimana beliau menghadapi khabar angin yang biasa melanda kerjaya politik suaminya, Tengku Puteri Zainah menjawab, "Khabar angin memang perkara biasa dalam politik, samalah seperti gossip di kalangan artis. Yang penting kita harus dapat membezakan yang mana satu khabar angin dan yang mana satu khabar betul".
Tengku Puteri Zainah juga dikatakan bergiat dalam beberapa persatuan wanita atau pertubuhan sukarela yang bertujuan untuk mengeratkan hubungan orang kenamaan (contohnya isteri-isteri wakil rakyat) dengan rakyat biasa.
Beliau berpendapat, hubungan erat dengan rakyat adalah perlu kerana "rakyat juga memainkan peranan yang penting dalam menentukan jatuh bangunnya seseorang menteri itu".
Isteri Najib (2008)
SEJAK beberapa malam dulu dan kemuncaknya hari ini semua media massa cetak dan eletronik memaparkan kisah hidup dan perjuangan Najib Razak.
Perjalanan politik Najib dari awal hingga akhir - sehingga angkat sumpah menjadi PM ke-6 dilakar dan ditulis demikian rupa. Semuanya menggambarkan kehebatan dan keagungan Najib sebagai 'dewa bangsawan politik.' Bukan saja karektor Najib sebagai seorang pelajar yang baik, cerdik dan pintar sejak sedari kecil dilukiskan; kegemaran, pakaian, cara pidato dan telatah Najib di meja makan juga turut sama dilukiskan.
Pendeknya semua tidak terlepas dari cakupan media massa, masing-masing berlumba untuk menukilkan (glorify) sesuatu yang indah dan menyeronokkan. Penulis yang mencari makan di hujung pena pula akan mencatat sesuatu yang merujakan rakyat tentang Najib.
Manakala ahli politik yang mencari kerusi akan melihat Najib umpama sebutir intan yang bersinar dari semua dimensi dipandangnya. Semua orang yang hampir dengan Najib diinterviu dan ditanya mengenai masa silam Najib.
Mengenai sikap Najib dan falsafah politiknya. Mereka yang berkongsi kereta dengan Najib semasa di London juga turut sama diinterviu dan cerita itu dipaparkan dengan penuh nostalgik bagi menggambarkan kerendahan dan ketawadukan diri Najib.
Ibu Najib, Tun Puan Rahah Mohd Noah juga sudah semestinya ditanya mengenai anaknya yang bertuah itu. Maka berceritalah Rahah mengenai masa kecil perdana menteri itu.
Bahawa Najib bukan dilahirkan untuk menjadi perdana menteri, namun Rahah terpaksa akur dengan kehendak dan ketentuan Allah s.a.w. Dan jawatan yang dijabat oleh anak sulung itu sangat disyukurinya.
Begitu juga dengan isteri kedua Najib, Rosmah Mansor pun dipotretkan begitu anggun sekali. Sebagai seorang isteri yang bekerja kuat dan pemberi semangat kepada Najib.
Seorang isteri yang berpeluh berpela bersama Najib dalam mengapai kerusi penuh berkuasa itu. Bahkan ada yang gatal mulut berkata jika bukan kerana kesungguhan Rosmah, Najib tidak mungkin menjadi perdana menteri!
Ertinya orang yang bekerja kuat untuk meletakkan Najib di kerusi nombor wahid negara ialah Rosmah Mansor?
Maka wajarlah kalau Najib menyanyangi Rosmah lebih dari segala-galanya. Dan saya sebagai penulis yang mengikut perjalanan politik Najib sejak tahun 80-an merasa semacam tidak lengkap apabila media dan orang bercakap mengenai Najib.
Jom belajar sejarah
Persis ada kekosongan telah berlaku dalam autobiografi kehidupan Najib itu, apabila perkara ini dialpakan. Apakah hakikat ini tidak diketahui oleh pengamal media atau pencatat sejarah politik berusia bawah 30-an ataupun ianya sengaja dilupakan?
Kalau wartawan atau penulis muda lupa, apakah wartawan dan penulis veteran juga lupa mengenai hal ini?
Apa yang saya maksudkan itu ialah seorang insan bernama Puteri Zainah binti Iskandar, perempuan pertama yang bersama Najib membina kehidupan.
Siapakah Puteri Zainah ini?
Dia adalah wanita pertama yang berada di sisi Najib. Wanita pertama yang berada di kiri Najib atas pelamin yang kilau gemilau.
Wanita pertama yang menjadi teman tidur Najib yang sah. Wanita pertama yang meyendukkan nasi ke pinggan Najib. Wanita pertama yang mengambil baju dan seluar Najib untuk ke pejabat.
Ke manakah wanita ini sekarang?
Apakah ia boleh dilupakan bahawa beliau pernah wujud bersama perdana menteri baru itu? Apakah ianya boleh dilupakan begitu saja? Bolehkan setiap detik sejarah berlalu dihapuskan oleh perasaan kebencian?
Tidak.... wanita ini tidak boleh disunyikan seolah ia tidak pernah hidup bersama Najib. Betapa sejuta kali tidak suka sejarah ini tetap terpahat dalam benak rakyat.
Betapa pun ada kuasa yang cuba menafikannya, namun sejarah dan biologi tidak boleh menafikan bahawa darah wanita ini ada dalam tubuh tiga orang anak perdana menteri itu; Mohd Nizar, 32, Puteri Norlisa, 28 dan Mohd Nasifuddin?
Bolehkah dunia mengenepikan begitu saja? Puteri Zainah masih hidup dan masih sihat. Cebisan kenangan indah dan buruk beliau dengan Najib masih terpampar di kepalanya.
Dia juga berhak sebenarnya bercakap mengenai Najib. Dia masih waras untuk bercerita segala-gala dari malam pertama sehinggalah kemalam terakhir kehidupan rumah tangganya dengan Najib.
Sebelum Rosmah Mansor menjelma dalam lataran hidup Najib, Puteri Zainah atau lebih dikenali dengan Ku Yie inilah yang mengikut Najib ke majlis-majlis kerajaan.
Yang menemani Najib menziarahi rakyat di Pekan dan seluruh Pahang semasa Najib menjadi Menteri Besar Pahang dulu. Ku Yielah yang menjadi pujaan dan kesayangan Tun Puan Rahah.
Ku Yielah yang lebih dikenali dan dimesrai rakyat Pahang berbanding dengan Rosmah. Kenapa media melupai Ku Yie ini?
Rasanya elok kalau media ikut sama bertandang ke rumah ke Yei Jalan Maktab, off Jalan Gurney, Kuala Lumpur untuk bertanya dan bercerita masa-masa indah bersama bekas suaminya itu yang kini menjadi perdana menteri.
Tinjaulah juga pendapat dan pandangannya. Selaminya juga perasaan hati kecilnya bagaimana setelah lelaki yang pernah hidup bersamanya dulu kini sudah bergelar sebagai perdana menteri.
Coretlah juga perasaan gembira Ku Yie atas apa yang berlaku itu. Tidak salah rasanya, bahkan tinjauan itu melengkap dan menyempurnakan lagi autobiografi Najib.
Ku Yie tentu menyimpan sejuta cerita mengenai Najib termasuk cerita-cerita misteri yang terlarang untuk dibukukan.
Elok juga kalau dicungkilkan bagaimana rumah tangga mereka yang dibina selama lebih 10 itu tiba-tiba runtuh dan hancur.
Saya menunggu dengan penuh minat cerita atau komen daripada Ku Yie. Saya mahu tenguk apa yang media tulis dan korek darinya. Sekiranya dalam tempoh beberapa hari ini tidak ada komen dari Ku Yie insyaAllah saya akan cuba membuka semula album kehidupan Ku Yie bersama perdana menteri yang sudah terbungkus dalam sejarah itu yang ada dalam pengetahuan saya.
Dan sejarah itu penting untuk dibaca oleh 27 juta rakyat Malaysia mengenali siapakah sebenarnya perdana menteri mereka dan siapakah juga wanita nombor wahid Malaysia kini. ~
MSO http://laksamanabukitbintang.blogspot.com/
Kisah Dari Ku Yie
Tengku Puteri Zainah Tengku Iskandar, bekas isteri Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Najib Tun Razak menangkis fitnah-fitnah yang menuduh beliau tidak siuman dan uzur untuk menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri.
Menurutnya, fitnah-fitnah tersebut sengaja disebarkan untuk menjatuhkan imej dan memalukan beliau sebagai salah seorang kerabat di-Raja kelantan.
"Tuduhan-tuduhan tersebut adalah fitnah semata-mata, sedangkan sebagai salah seorang isteri saya telah menjalankan tanggungjawab yang sebaiknya," katanya.
Tengku Puteri Zainah menegaskan beliau tetap bersabar dan berusaha menyelamatkan rumahtangganya daripada menuju keretakan meskipun fitnah-fitnah tersebut sering menghantui fikirannya.
"Bagaimanapun telah ditakdirkan Allah SWT penceraian berlaku juga antara saya dengan Datuk Seri Najib pada bulan April 1987 yang lalu," tambahnya
Menurut Tengku Puteri Zainah, beliau telah diceraikan tanpa pengetahuannya dengan beberapa alasan. Beliau melahirkan rasa sedih beliau kerana setelah menjalinkan hidup berumahtangga selama hampir 10 tahun dan dikurniakan seramai tiga cahayamata, tiba-tiba diceraikan.
Tengku Puteri Zainah juga memberitahu bahawa sebelum penceraian berlaku, beliau serta bekas suaminya tidak pernah bersengketa.
"Apa yang saya sedari selepas dilantik sebagai Menteri Belia Dan Sukan di tahun 1987, Datuk Najib tidak pulang ke rumah selama enam bulan sebaliknya beliau menetap di hotel," jelas Tengku Puteri.
Menurut beliau, Datuk Seri Najib hanya mengunjungi beliau di waktu-waktu tertentu sahaja ketika beliau ditempatkan di rumah milik kerajaan.
Tengku Puteri Zainah diceraikan dengan talak satu kini tinggal bersama dengan tiga anaknya Mohd. Nizar 10 tahun, Puteri Nerlisa 7 tahun dan Mohd. Naziffuddin 4 tahun.
Sementara itu di Mahkamah Tinggi Syariah di sini minggu lalu, Tengku Puteri Zainah telah berjaya menuntut nafkah sara hidup sementara untuk baliau dan anak-anaknya dari bekas suaminya itu.
Menurutnya, fitnah-fitnah tersebut sengaja disebarkan untuk menjatuhkan imej dan memalukan beliau sebagai salah seorang kerabat di-Raja kelantan.
"Tuduhan-tuduhan tersebut adalah fitnah semata-mata, sedangkan sebagai salah seorang isteri saya telah menjalankan tanggungjawab yang sebaiknya," katanya.
Tengku Puteri Zainah menegaskan beliau tetap bersabar dan berusaha menyelamatkan rumahtangganya daripada menuju keretakan meskipun fitnah-fitnah tersebut sering menghantui fikirannya.
"Bagaimanapun telah ditakdirkan Allah SWT penceraian berlaku juga antara saya dengan Datuk Seri Najib pada bulan April 1987 yang lalu," tambahnya
Menurut Tengku Puteri Zainah, beliau telah diceraikan tanpa pengetahuannya dengan beberapa alasan. Beliau melahirkan rasa sedih beliau kerana setelah menjalinkan hidup berumahtangga selama hampir 10 tahun dan dikurniakan seramai tiga cahayamata, tiba-tiba diceraikan.
Tengku Puteri Zainah juga memberitahu bahawa sebelum penceraian berlaku, beliau serta bekas suaminya tidak pernah bersengketa.
"Apa yang saya sedari selepas dilantik sebagai Menteri Belia Dan Sukan di tahun 1987, Datuk Najib tidak pulang ke rumah selama enam bulan sebaliknya beliau menetap di hotel," jelas Tengku Puteri.
Menurut beliau, Datuk Seri Najib hanya mengunjungi beliau di waktu-waktu tertentu sahaja ketika beliau ditempatkan di rumah milik kerajaan.
Tengku Puteri Zainah diceraikan dengan talak satu kini tinggal bersama dengan tiga anaknya Mohd. Nizar 10 tahun, Puteri Nerlisa 7 tahun dan Mohd. Naziffuddin 4 tahun.
Sementara itu di Mahkamah Tinggi Syariah di sini minggu lalu, Tengku Puteri Zainah telah berjaya menuntut nafkah sara hidup sementara untuk baliau dan anak-anaknya dari bekas suaminya itu.
Tengku Puteri Zainah dan anak-anak.
Walaupun mereka cuba menunjukkan kegembiraan di wajah masing-masing, tetapi itu hanya sekadar kegembiraan kerana menyambut kedatangan Hari Raya, bergambar di pagi Hari Raya Puasa 1987
Pada malam menjelang Hari Raya itu Najib dan Rosmah pergi 'honeymoon'(berbulan madu) di Eropah.
Kali pertama Nizar, puteri Norlisa dan Naziffuddin berhari raya tanpa bapa mereka. Hari ini mereka hidup menderita tanpa kasih sayang dan kemanjaan seorang ayah, mengikut cerita Tengku Puteri sampai hari ini masalah mu'taah mereka masih belum dibereskan oleh Majlis Agama Islam.
kisah ini ditulis pada 24 September 2011
by S.H.ALATTAS http://wargamarhaen.blogspot.com/
Walaupun mereka cuba menunjukkan kegembiraan di wajah masing-masing, tetapi itu hanya sekadar kegembiraan kerana menyambut kedatangan Hari Raya, bergambar di pagi Hari Raya Puasa 1987
Pada malam menjelang Hari Raya itu Najib dan Rosmah pergi 'honeymoon'(berbulan madu) di Eropah.
Kali pertama Nizar, puteri Norlisa dan Naziffuddin berhari raya tanpa bapa mereka. Hari ini mereka hidup menderita tanpa kasih sayang dan kemanjaan seorang ayah, mengikut cerita Tengku Puteri sampai hari ini masalah mu'taah mereka masih belum dibereskan oleh Majlis Agama Islam.
kisah ini ditulis pada 24 September 2011
by S.H.ALATTAS http://wargamarhaen.blogspot.com/
Subscribe to:
Posts (Atom)