Hukum Seorang Bapa Memeluk dan Mencium Anak Perempuannya Yang Sudah Baligh


Hukum Seorang Bapa Memeluk dan Mencium Anak Perempuannya Yang Sudah Baligh | Apakah hukum seorang bapa memeluk dan mencium anak perempuannya sendiri yang telah baligh dan dewasa?
Seorang bapa memeluk dan mencium anak perempuannya di bahagian kepala, pipi atau antara kedua matanya dalam bentuk kasih sayang adalah harus, sekalipun anak perempuannya telah baligh, besar dan dewasa dengan syarat bebas dari fitnah atau bebas dari rangsangan syahwat.

Namun dilarang dari mencium mulut, kerana ciuman mulut hanya di antara suami dan isteri kerana kebiasaannya ia dapat merangsangkan syahwat. Pernah ditanya kepada al-Imam Ahmad: “Bolehkah seorang lelaki mencium wanita yang mahram dengannya?” Jawab Imam Ahmad:

Maksudnya:  “(Boleh) Jika dia (lelaki itu) baru pulang dari permusafiran, dan dia tidak bimbangkan dirinya (dari fitnah).”

Kata Ibn Muflih:

Maksudnya: “akan tetapi tidak boleh melakukan ciuman pada mulut sama sekali, (sebaliknya) pada dahi atau kepala.” (al-Adab al-Syar’iyyah 2/256)

Di dalam al-Iqna’ (3/156) dinyatakan pula:

Maksudnya:  “Dan tidak mengapa bagi yang baru pulang dari permusafiran mencium wanita-wanita mahram dengannya, jika dia tidak bimbangkan (fitnah) terhadap dirinya. Akan tetapi jangan melakukan ciuman pada mulut, sebaliknya pada dahi atau kepala.” 

Di dalam al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah 13/130 dinyatakan:

Maksudnya: “Tidak boleh bagi seseorang lelaki mencium mulut lelaki lain atau tangannya atau anggota lain, demikian juga tidak boleh seorang wanita mencium wanita lain, berpelukan dan bersentuhan badan dan seumpamanya. Semua itu (dilarang) jika dalam bentuk bersyahwat. Perkara ini tiada perbezaan di kalangan fuqaha’… adapun jika ciuman itu bukan pada mulut dan dalam bentuk kebaikan dan kemuliaan atau bertujuan kasih sayang ketika bertemu dan berpisah, maka tidak mengapa.”

Pernah ditanya kepada al-Syeikh Ibn Baz RH: “Apakah boleh seorang lelaki mencium anak perempuannya yang telah dewasa dan melepasi umur baligh, sama ada anak perempuan itu telah berkahwin atau belum, sama ada ciuman di tangan atau mulutnya dan seumpamanya. Jika anak perempuannya yang menciumnya di tempat-tempat itu apa pula hukumnya?”

Jawab beliau: “Tidak mengapa seorang lelaki mencium anak perempuannya yang telah dewasa mahupun yang kecil tanpa syahwat, dan dilakukan di pipi jika anak perempuan itu telah besar berdasarkan apa yang telah thabit daripada Abu Bakr al-Siddiq RA, yang pernah mencium anak perempuannya ‘Aisyah RA di bahagian pipi. (Namun) ciuman pada mulut kadang-kadang boleh menimbulkan syahwat, maka tidak melakukannya adalah lebih afdhal dan lebih berhati-hati. Demikian juga anak perempuan seseorang, boleh mencium bapanya di hidung atau kepada tanpa syahwat. Adapun jika beserta dengan syahwat, maka diharamkan semua perkara itu bagi mengelak fitnah dan menutup jalan kepada perkara yang keji.” (Fatawa Islamiyyah 3/78,79)

Wallahu a’lam.



4 Makanan Yang Wajib Dihindari Agar Perut Kempis


4 Makanan Yang Wajib Dihindari Agar Perut Kempis | Perut yang kempis dan rata sememangnya menjadi idaman setiap wanita dan ternyata perkara ini bukanlah sesuatu yang mudah untuk dilakukan.

Ianya menuntut kerja keras dalam menjaga rutin senaman dan pengambilan makanan yang ketat.

Gaya hidup anda ternyata akan menentukan dan mempengaruhi ukuran lilitan pinggang dan sekaligus saiz celana anda!

Untuk itu, ayuh kuatkan semangat anda dalam memilih makanan yang berkhasiat dan cuba hindari 4 jenis makanan seperti yang dipetik dari Womenhealthmag.com ini:

1. Sayuran bergas
Terdapat beberapa sayuran yang mempunyai gas seperti brokoli, kubis, kalian dan lain-lain lagi. Namun, sayuran ini juga mempunyai banyat zat besi yang diperlukan oleh tubuh badan dan seeloknya diambil dengan kuantiti yang lebih kecil.

2. Makanan yang diawetkan
Makanan ringan seperti kerepek, keropok dan juga makanan dalam tin mempunyai kandungan natrium yang tinggi. Natrium dapat meninggalkan sisa di dalam tubuh badan sehingga menyebabkan pembesaran pada bahagian perut dan di sekitar kawasan lain. Hindari pengambilan makanan jenis ini agar perut kekal rata.

3. Minuman berkarbonat
Minuman soda atau berkarbonat sememangnya perlu dielakkan selama-lamanya. Selain mempunyai kandungan gula yang terlalu tinggi, ianya juga terdapat gelombang udara yang akan tertinggal di sekitar perut dan menyebabkan perut kembung serta membesar. Minuman terbaik adalah air putih yang membantu ‘membersihkan’ perut sehingga menjadi kempis.

4. Pemanis buatan
Elakkan dari mengambil pemanis buatan yang kebiasaanya terdapat dalam hiasan pencuci mulut seperti kek. Tidak salah sekadar merasa dalam kuantiti yang kecil dan pastikan tidak mengambilnya dengan kadar berlebihan walaupun rasanya sedap dan lazat!

Selain menjaga pengambilan makanan, anda juga harus menjaga bentuk badan dengan sering bersenam secara rutin agar otot perut dapat terbentuk dan seterusnya menghalang ianya dari buncit.