Hukum Seorang Bapa Memeluk dan Mencium Anak Perempuannya Yang Sudah Baligh


Hukum Seorang Bapa Memeluk dan Mencium Anak Perempuannya Yang Sudah Baligh | Apakah hukum seorang bapa memeluk dan mencium anak perempuannya sendiri yang telah baligh dan dewasa?
Seorang bapa memeluk dan mencium anak perempuannya di bahagian kepala, pipi atau antara kedua matanya dalam bentuk kasih sayang adalah harus, sekalipun anak perempuannya telah baligh, besar dan dewasa dengan syarat bebas dari fitnah atau bebas dari rangsangan syahwat.

Namun dilarang dari mencium mulut, kerana ciuman mulut hanya di antara suami dan isteri kerana kebiasaannya ia dapat merangsangkan syahwat. Pernah ditanya kepada al-Imam Ahmad: “Bolehkah seorang lelaki mencium wanita yang mahram dengannya?” Jawab Imam Ahmad:

Maksudnya:  “(Boleh) Jika dia (lelaki itu) baru pulang dari permusafiran, dan dia tidak bimbangkan dirinya (dari fitnah).”

Kata Ibn Muflih:

Maksudnya: “akan tetapi tidak boleh melakukan ciuman pada mulut sama sekali, (sebaliknya) pada dahi atau kepala.” (al-Adab al-Syar’iyyah 2/256)

Di dalam al-Iqna’ (3/156) dinyatakan pula:

Maksudnya:  “Dan tidak mengapa bagi yang baru pulang dari permusafiran mencium wanita-wanita mahram dengannya, jika dia tidak bimbangkan (fitnah) terhadap dirinya. Akan tetapi jangan melakukan ciuman pada mulut, sebaliknya pada dahi atau kepala.” 

Di dalam al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah 13/130 dinyatakan:

Maksudnya: “Tidak boleh bagi seseorang lelaki mencium mulut lelaki lain atau tangannya atau anggota lain, demikian juga tidak boleh seorang wanita mencium wanita lain, berpelukan dan bersentuhan badan dan seumpamanya. Semua itu (dilarang) jika dalam bentuk bersyahwat. Perkara ini tiada perbezaan di kalangan fuqaha’… adapun jika ciuman itu bukan pada mulut dan dalam bentuk kebaikan dan kemuliaan atau bertujuan kasih sayang ketika bertemu dan berpisah, maka tidak mengapa.”

Pernah ditanya kepada al-Syeikh Ibn Baz RH: “Apakah boleh seorang lelaki mencium anak perempuannya yang telah dewasa dan melepasi umur baligh, sama ada anak perempuan itu telah berkahwin atau belum, sama ada ciuman di tangan atau mulutnya dan seumpamanya. Jika anak perempuannya yang menciumnya di tempat-tempat itu apa pula hukumnya?”

Jawab beliau: “Tidak mengapa seorang lelaki mencium anak perempuannya yang telah dewasa mahupun yang kecil tanpa syahwat, dan dilakukan di pipi jika anak perempuan itu telah besar berdasarkan apa yang telah thabit daripada Abu Bakr al-Siddiq RA, yang pernah mencium anak perempuannya ‘Aisyah RA di bahagian pipi. (Namun) ciuman pada mulut kadang-kadang boleh menimbulkan syahwat, maka tidak melakukannya adalah lebih afdhal dan lebih berhati-hati. Demikian juga anak perempuan seseorang, boleh mencium bapanya di hidung atau kepada tanpa syahwat. Adapun jika beserta dengan syahwat, maka diharamkan semua perkara itu bagi mengelak fitnah dan menutup jalan kepada perkara yang keji.” (Fatawa Islamiyyah 3/78,79)

Wallahu a’lam.



4 Makanan Yang Wajib Dihindari Agar Perut Kempis


4 Makanan Yang Wajib Dihindari Agar Perut Kempis | Perut yang kempis dan rata sememangnya menjadi idaman setiap wanita dan ternyata perkara ini bukanlah sesuatu yang mudah untuk dilakukan.

Ianya menuntut kerja keras dalam menjaga rutin senaman dan pengambilan makanan yang ketat.

Gaya hidup anda ternyata akan menentukan dan mempengaruhi ukuran lilitan pinggang dan sekaligus saiz celana anda!

Untuk itu, ayuh kuatkan semangat anda dalam memilih makanan yang berkhasiat dan cuba hindari 4 jenis makanan seperti yang dipetik dari Womenhealthmag.com ini:

1. Sayuran bergas
Terdapat beberapa sayuran yang mempunyai gas seperti brokoli, kubis, kalian dan lain-lain lagi. Namun, sayuran ini juga mempunyai banyat zat besi yang diperlukan oleh tubuh badan dan seeloknya diambil dengan kuantiti yang lebih kecil.

2. Makanan yang diawetkan
Makanan ringan seperti kerepek, keropok dan juga makanan dalam tin mempunyai kandungan natrium yang tinggi. Natrium dapat meninggalkan sisa di dalam tubuh badan sehingga menyebabkan pembesaran pada bahagian perut dan di sekitar kawasan lain. Hindari pengambilan makanan jenis ini agar perut kekal rata.

3. Minuman berkarbonat
Minuman soda atau berkarbonat sememangnya perlu dielakkan selama-lamanya. Selain mempunyai kandungan gula yang terlalu tinggi, ianya juga terdapat gelombang udara yang akan tertinggal di sekitar perut dan menyebabkan perut kembung serta membesar. Minuman terbaik adalah air putih yang membantu ‘membersihkan’ perut sehingga menjadi kempis.

4. Pemanis buatan
Elakkan dari mengambil pemanis buatan yang kebiasaanya terdapat dalam hiasan pencuci mulut seperti kek. Tidak salah sekadar merasa dalam kuantiti yang kecil dan pastikan tidak mengambilnya dengan kadar berlebihan walaupun rasanya sedap dan lazat!

Selain menjaga pengambilan makanan, anda juga harus menjaga bentuk badan dengan sering bersenam secara rutin agar otot perut dapat terbentuk dan seterusnya menghalang ianya dari buncit.



Penjaga Kubur Terkejut Dengar Jeritan Wanita Yang Baru Sahaja Di Kuburkan



Penjaga Kubur Terkejut Dengar Jeritan Wanita Yang Baru Sahaja Di Kuburkan | Cuba anda bayangkan, selepas selesai sahaja tanam mayat, tiba-tiba terdengar jeritan seorang wanita? Ikuti kisah ini. 
-
-
Penjaga Kubur Terkejut Dengar Jeritan Wanita Yang Baru Sahaja Di Kuburkan

Seorang penjaga kubur terkejut sebaik terdengar satu jeritan menakutkan datang dari sebuah kubur yang baharu sahaja ditanam pada hari tersebut. Pekerja tersebut yang ketakutan terus menghubungi pihak berkuasa untuk memaklumkan kejadian tersebut.

Dia kemudiannya menggali semula kubur tersebut dan memecahkan keranda yang menempatkan seorang wanita yang telah meninggal dunia sebelum itu.

Namun difahamkan, mereka sudah terlambat dan wanita tersebut benar-benar mati kali ini.
Menurut laporan, wanita tersebut merupakan seorang pesakit kanser berusia 49 tahun dan dilaporkan telah meninggal dunia akibat penyakit yang dihadapinya.

Pihak berkuasa hari ini turut mengesahkan kejadian yang berlaku di Tanah Perkuburan Peraia.Manakala doktor yang mengesahkan kematian wanita terbabit, Chrissi Matsikoudi memberitahu pemberita, wanita tersebut sudah lama meninggal dunia dan mustahil untuk dikebumikan secara hidup-hidup.

“Kami telah menjalankan pelbagai ujian ke atasnya termasuk ujian kegagalan hati ke atas wanita tersebut,” jelasnya lagi.

Polis setakat ini masih belum mendedahkan nama mangsa.Dalam pada itu pihak keluarga wanita terbabit telah membuat laporan susulan daripada tindakan doktor yang mengesahkan kematian mangsa.

Adakah wajar doktor ini dipersalahkan? Tetapi agak ngeri la jika kita berada di tempat penjaga kubur itu.




Tanda Saka Wujud Dalam Badan Anda?


Tanda Saka Wujud Dalam Badan Anda? | Orang Melayu terutamanya generasi yang terdahulu memang tidak asing lagi dengan isu berkaitan Saka ini. Namun adakah saka akan lenyap begitu sahaja apabila orang yang mengamalkannya telah meninggal dunia. Mungkin anda yang mewarisinya? Jom semak tanda-tanda saka dalam badan. 
-
-
Tanda Saka Wujud Dalam Badan Anda?



Disini kami ingin berkongsi kepada anda tentang tanda-tanda saka wujud dalam badan seseorang. 

Apakah itu saka?

Saka adalah kontrak mistik di antara nenek moyang dengan jin untuk mendapatkan kecantikan, perlindungan, kekuatan dan pertolongan, dengan syarat-syarat tertentu dan pada masa-masa tertentu.
Ia boleh diwarisi dan dipindahkan kepada keturunan si pengamal sehingga 7 keturunan, terutamanya kepada anak cucu yang masih menyimpan barang-barang peninggalan si mati.
Semasa program Wacana Perdana bulan lepas, Ustaz Sharhan Shafie telah menerangkan beberapa tanda-tanda saka dalam badan.

Di antara tanda-tandanya adalah:

1. Selalu bermimpi jatuh dari tempat yang tinggi.
2. Selalu bermimpi berada di awangan.
3. Sering dikejar binatang dan dipatuk ular.
Tanda-tanda berikut adalah petanda yang sangat jelas seseorang itu mewarisi saka:
4. Kerap bermimpi menerima bungkusan dari seseorang.
5. Mimpi menyusukan bayi (mendukung atau melihat dikira petanda yang sama)
6. Ada lebam pada tubuh setelah bangun dari tidur.
7. Rumah tangga sering bermasalah, sering berbalah dalam perkara yang kecil, anak-anak yang degil.
8. Berdebar-debar tanpa sebab.
9. Sakit-sakit pada sendi, pinggang dan buku lali walaupun perubatan moden tidak dapat mengesahkan apa sakitnya.

Apa yang anda perlu buat?

Jika ada tanda-tanda saka dalam badan anda ini, anda perlu segera berjumpa dengan pengamal perubatan Islam yang bertauliah.

Selidik dahulu salasilah keturunan anda terlebih dahulu.

Sentiasa berusaha untuk mendekatkan diri kepada Allah dengan mencukupkan ibadat-ibadat wajib, memperbanyakkan membaca al-Quran dan amalan-amalan sunat.

Jangan putus asa sekiranya anda gagal mengeluarkan saka dari hidup anda.
Amalkan ayat ke-82 Surah al-Isra’ dan ayat ke-57 Surah Hud (Inna rabbi ‘ala kulli syai in hafeez).

Berusahalah untuk berubat dengan izin Allah SWT, anda akan sembuh daripada gangguan saka ini.


Apakah Maksud Sebenar "Ale Uto, Lanjiao Dan Nokharom" ?


Apakah Maksud Sebenar "Ale Uto, Lanjiao Dan Nokharom" ?
-
-
Apakah Maksud Sebenar "Ale Uto, Lanjiao Dan Nokharom" ?

Perkataan-perkataan  baru seperti Ale Uto, Lanjiao dan Nokharom banyak digunakan oleh warga internet Malaysia, lebih-lebih lagi setelah dipopularkan oleh fanpage troll popular seperti Amran Fans . Perkataan-perkataan  ini menjadi trend dan diikuti oleh pelbagai lapisan masyarakat  dari yang muda sampailah yang tua, tanpa mereka tahu apa maksud perkataan tu pun. Malah ada yang siap buat design baju menggunakan perkataan tersebut.

Namun tahukah anda apa maksud dan makna di sebalik perkataan-perkataan tersebut?

Ale Uto = Kepale Butoh
Apa itu butuh? 
Di dalam kamus dewan butuh membawa makna kemaluan laki-laki.

Lanjiao = Lanciau = Lancau
Apa itu lanciau?  
Malaysian Hokkien word for penis
Tua (tooar) lanciau - big dick
Lanciau lang - dickhead (annoying person) 

Nokharom = Anak Haram
Apa itu anak haram?
Anak yang terhasil atas hubungan luar nikah lelaki perempuan yang bodoh.

Kesimpulannya janganlah guna perkataan carut tu terutama mak bapak, janganla suka-suka panggil anak korang dengan ale uto, lanjiao, nokharom dan lain-lain perkataan carut.

Tambahan: aku pernah terjumpa ada budak kecil yang masih sekolah rendah guna perkataan Kimak kat FB, bila aku sound dia apsal main mak mak, dia cakap bila masa dia cakap mak? Dan bila aku tanya dia tahu tak apa maksud Kimak, dia tak tahu.

Kimak = Pukimak
Mengikut Wiki: Pukimak merupakan satu perkataan yang amat tidak sopan dalam Bahasa Melayu. Perkataan ini berasal daripada perkataan slanga "Puki" (faraj) dan "mak" (emak) yang mencadangkan wujudnya perhubungan seksual sumbang antara seseorang dengan ibunya.[perlu rujukan] Perkataan pendeknya adalah kimak. Perkataan ini biasa digunakan untuk mencari gaduh dengan menjengkelkan mereka atau menunjukkan kemarahan terhadap seorang individu.

Jadi, selepas ini, lebih baik anda elak daripada menggunakan perkataan seperti ini. Jika mereka tidak tahu, anda bertanggungjawab untuk memberi penjelasan kepada mereka.Sekian terima kasih.




TERKEJUT !!! ULAR TERBESAR DI DUNIA BUKAN ANACONDA, TETAPI TITANOBOA


TERKEJUT  !!! ULAR TERBESAR DI DUNIA BUKAN ANACONDA, TETAPI TITANOBOA | Mungkin susah nak percaya tentang kewujudan ular ini. Baca lebih lanjut untun mengetahui tentang ular ini.
-
-
TERKEJUT  !!! ULAR TERBESAR DI DUNIA BUKAN ANACONDA, TETAPI TITANOBOAPada masa dinosaurus, ular predator Titanoboa merupakan ular terbesar di dunia. Bahkan ukurannya yang besar jauh di atas ular anaconda yang selama ini dianggap orang sebagai ular terbesar di dunia.



Seekor predator, ular terbesar di dunia sepanjang 14,6 meter dan berbobot 1,13 ton yang hidup melalui hutan-hutan hujan 60 juta tahun yang lalu ini dihidupkan kembali oleh Museum Smithsonian.

Para ilmuwan dari Museum Smithsonian merekonstruksi ular raksasa ini untuk mengetahui bagaimanakah kehidupan di bumi setelah dinosaurus lenyap ditelan zaman. Sebuah acara TV pun dibuat untuk menjelaskan kenapa ular Titanoboa mampu mencapai saiz  sebesar itu.



“Penemuan begitu fantastis sehingga ular ini tampak seperti hasil fantasi. Sesosok makhluk yang muncul di era yang dibayangkan Steven Spielberg di masa lalu,” ungkap David Royale, kepala program Saluran Smithsonian.



Saluran Smithsonian telah membuat filem  yang mengisahkan penemuan ular raksasa yang hidup 60 juta tahun yan lalu. Selain itu, mereka juga merungkaikan  tentang penemuan rangkanya untuk membuat rangka dan struktur badan ular ini.

Sebuah patung yang berukuran sama seperti Titanoboa yang sebenarnya dipamerkan di Grand Central di New York untuk mempromosikan filem tersebut. Tulang belakang Titanoboa ditemukan di daerah tropis hutan hujan di Kolombia yang telah ada sejak zaman Palaeosen.Kemudian fosil ular raksasa lainnya ditemukan di kawasan tambang di Cerrejon, Kolombia. Sebelumnya, tak pernah dijumpai  fosil hai wan bertulang belakang yang hidup 65-55 juta tahun lalu di Amerika Selatan.

Dr. Jonathan Bloch yang bertanggungjawab dalam projek Florida Museum of Natural History ini mengatakan bahawa fosil tengkorak Titanoboa hampir mustahil untuk dijumpai kerana tempoh nya terlalu lama. 

Agak-agak anda, jika ular ini masih wujud dan ada ditempat anda. Apa perasaan anda semua? 


PETANDA KIAMAT SUDAH HAMPIR!! Padang Pasir Bertukar Menjadi Taman Tema Air Terbesar Di Dunia !


PETANDA KIAMAT SUDAH HAMPIR!! Padang Pasir Bertukar Menjadi Taman Tema Air Terbesar Di Dunia ! | Ini diantara petanda Kiamat sudah semakin hampir dengan kita. Semoga gambar ini memberi ingatan dan kesedaran kepada kita semua.
-
-
PETANDA KIAMAT SUDAH HAMPIR!! Padang Pasir Bertukar Menjadi Taman Tema Air Terbesar Di Dunia !
Negara Arab menjadi padang rumput dan sungai."Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput dan sungai-sungai." - Sahih Muslim

Terletak di Al Ain, sebuah bandar oasis pedalaman yang merupakan sebahagian daripada emiriah Abu Dhabi, Wadi Adventure adalah taman tema paling besar di dunia dengan gelombang ombak tiruan, sungai untuk berkayak, kolam kanak-kanak dan dewasa serta di lengkapi pelbagai kemudahan permaian lasak.